December 30, 2005

Countdown to 2006

Hari ni, aku g lawat blog member2 aku n wish Happy New Year 2006

Esok, dah last day 2005. Dalam tahun ni, byk perkara yg berlaku dalam hidup aku. Semuanya tersimpan rapi dalam ingatanku. Yg manis ada, yg pahit jugak ada. Biasalah, warna2 kehidupan. Kalau x de masalah, bosan pulak nanti.

Aku harap tahun 2006 yg akan datang ni, aku akan melalui satu episod kehidupan yang cerah.

Yg penting, azam yg mesti aku buat awal tahun ni adalah dapatkan lesen kereta...hihihihihi..
Actually, aku dah ambik lesen kereta 5 tahun lepas. Tp, bila kantoi ngan JPJ masa test jalanraya, terus aku fobia nak pegang stereng kereta coz Peg. JPJ tu kata aku drive secara merbahaya..kuikuikui..

Pastu, insyaallah aku akan start keje baru bila kontrak aku abis bln 2 nanti....
En. Amin dah brief sket2 psl keje tu dan tunjukkan future opis aku kat kem. tu.

Lagi satu, aku akan pindah ke rumah baru..
Kak Long aku punye apartment dah terbiar lama, x de org nak sewa.
So, sblm dia g Mekah dia mintak aku tengok2 kan apartment tu. Skrg ni, aku tgh bersihkan rumah tu, weekend ni ingat nak pasang langsir..Barang2 rumah pun belum beli lagi...Kena tunggu dividen ASB utk budget beli brg2 rumah..Yg penting TV mesti ada, klu x mati kebosanan la klu aku duk rumah tu sesorang nanti...

Tak sabar rasanya nak melangkah ke tahun baru dan meninggalkan kisah2 pahit di tahun 2005 ni.

December 19, 2005

Mahligai Permata

Siti Nurhaliza

Mahligai Permata


Berpaut-pautan berpimpinan
Beriringan meniti kehidupan
Berpaut-pautan berpimpinan
Beriringan meniti kehidupan

Segak perkasa seri pahlawan
Bertanjak lima dari seberang
Tidak permata jadi hantaran
Lembut bicara tutur kata disebut orang

Lemah gemalai tari perawan
Senyum melirik menambat hati
Bukan mahligai tempat naungan
Berbumbung langit tetap jua dituruti
Sehidup dan semati

Beralun suara memuji
Terasa diselimut duri
Berserah hanya kepadaNya
Memohon kesucian jiwa
Semoga dilimpah bahagia

Sepanjang hari madah-madah menghias rasa
Usah pula termanis madu kata
Segala budi indah-indah menguntum sukma
Usah pula terguris parut luka

Tamu tandang riuh gemdang
Bergegak gempita suasana
Mana datang seluruh semesta bergembira


P/s : Siapa yang ada lagu ni dalam bentuk mp3..harap dapat send kepada saya..

December 08, 2005

Japanese Name

My Japanese name is Naora Iemochi.
Take The Kawaii Japanese Name Generator by Shuichigami today!
Created with Rum and Monkey's Name Generator Generator.

Alhamdulillah

Syukur alhamdulliah..Tu je yg mampu aku ucapkan sekarang..Setelah beberapa tahun aku bersusah payah dlm memcari rezeki.Akhirnya, aku dapat berita gembira dari Reen.Aku telah ditawarkan pekerjaan dalam syarikat yg kukuh tanpa perlu bersusah payah melalui prosedur kerja yg biasa e.g: hantar resume & interview. Semua ni jasa Reen & En. Amin. Aku x tau camne nak balas budi diorang.

En. Amin & Reen mmg memantau projek2 di bawah kementerian. So, bg salah satu projek yg dirancang utk tahun depan...diorang telah meminta syarikat yg terbabit dgn projek tersebut untuk mengambil aku sbg salah seorang staffnya..Insyaallah, kalau aku perform dgn baik dan syarikat tersebut mendapat projek lain, aku akan terus bekerja dengan mereka.Aku pun dah jumpa dgn CEO syarikat tersebut..Aku harap akan dapat menjalankan tugas dengan baik dan gembira melaksanakan tugas yg akan dijalankan.

Bila aku bgtau berita gembira ni, family aku pun tumpang bersyukur. Diorang kata, x sia-sia aku bersabar selama ni. Kalau nak ingat balik, mmg byk liku yg terpaksa aku lalui slps je aku menamatkan pengajian sejak beberapa tahun lepas.

Aku siapkan tesis & viva final projek dlm bln 10/2002. Lepas tu, aku rehat n tinggal ngan parents aku kat kg selama 2 bln. Bila dah x tahan sgt, aku pun menebalkan muka utk tinggal ngan akak aku kt Bangi. Di samping cari kerja, aku buatlah apa2 yg patut (cam org gaji ler)..Ye la, adat hidup menumpang. Kalau weekend, aku tolong abg ipar aku kat gerai roti canai di pasar. Mmg kena tebalkan muka ler coz ramai je customer dia yg tau aku ada degree. Pastu, akak aku pulak dapat tender kantin Akademi Percukaian Malaysia. So, dgn secara rasminya aku jadi org kanan akak aku utk menguruskan kantin tersebut.

Dalam bln 7/2003, alhamdulillah aku dapat kerja yg sesuai ngan kelulusan. Kerja as IT Executive kat syarikat konsultan. Aku ingat keje kt situ secure coz company tu nampak cam kukuh. Office pun best..kt bangunan Sapura lg (Mines Resort City)..Last2 baru 10 bulan kerja, aku dapat surat termination. Mmg ler aku kerja utk kontrak 2 tahun, tak sangka pulak dapat surat berhenti awal..Company tu ada problem..Bussines bergantung kepada projek kerajaan yg kebanyakannya dlm bidang pembinaan. So, bila Pak Lah jd PM, projek yg yg tidak diperlukan sgt cam Monorail & Landasan Berkembar kena tangguh.

Aku pun tebalkan muka lagi , keje ngan akak aku kt kantin dia balik. Masa tu, mmg aku x suka. Staff kt situ suka tanya2, mmg ler diorang simpati...Tp, part tu ler yg aku malas nk menjawab. Dlm setengah tahun jugak ler, aku buat kerja2 yg memenatkan n tension. Jadi cashier, tukang bancuh air, tukang masak, tukang cuci pinggan, hantar jamuan & serve vip. Tambah lagi perit, nak hadapi karenah staff kat situ yg cerewet. Dr pihak admin sampailah staff. Semuanya mengada2. Mati hidup balik, aku mmg x nak lagi keje kat situ lagi...Dah puas dah..

Dlm bln 2/2005, Reen recommend aku kerja kat kem. dia. Kerja sbg pekerja khidmat singkat..Gaji ikut jam..Best jugak ler masa tu, coz gajinya tinggi sesuai ngan degree yg aku ada. Tp 6 bulan je...Bila dah abis kontrak, HR cam x nak sambung kontrak aku. Bila Puan Rohani push2 HR, baruler boleh sambung. Tu pun gaji aku sikit je..Ikut tahap diploma..Duration aku nk sambung balik kontrak tu, mmg berdebar2 lak jugak..Klu x leh sambung, aku nak buat apa..

So, aku terima je offer tu drpd x buat apa2 langsung..Sejak kontrak baru ni, aku ada gak mengeluh kat Reen psl skop kerja ni. Ye la, kita ada degree, tp kena buat kerja2 sekretari, bosan tul..Patutnya, semua tu kerani pun boleh buat..Otak aku jd tumpul, x berkembang, skill aku pun cam dah kurang.

Nasib baik ler, aku mmg baik ngan bos Reen, En.Amin sejak aku masuk kerja lagi. Aku selalu gak sembang2 ngan dia. Dia pun salah seorang tempat aku mengadu, masa kontrak aku x leh sambung dulu. Sejak kontrak baru ni, dia asyik tanya je bila kontrak aku abis.Pernah gak dia panggil masuk bilik dia, tanya kerja apa yg aku dah apply.
Mula2 aku ingat x de apa2 coz staff lain kata dia tu mmg suka ckp je. Tp x buat apa2 pun klu nak tolong kita.

Tp, mmg rezeki aku kot.Tak sangka dia betul2 nak tolong aku..Kena lagi ngan sokongan Reen yg mmg anak emas dia..Alhamdulillah sekali lagi..Akak aku sempat pesan supaya aku buat sujud syukur klu dah dapat surat offer tu nanti.

November 29, 2005

My Birth Date Mean.............

Your Birthdate: June 23

You're not good at any one thing, and that's the problem.
You're good at so much - you never know what to do.
Change is in your blood, and you don't stick to much for long.
You are destined for a life of travel and fun.

Your strength: Your likeability

Your weakness: You never feel satisfied

Your power color: Bright yellow

Your power symbol: Asterisk

Your power month: May

Mencari No. Telefon Anda?????

Cara-caranya:

1) key-in 3 digit pertama nombor handphone anda (bukan yg 01x tu) menggunakan calculator
2) darab dengan 80
3) tambah 1
4) darab dengan 250
5) tambahkan dengan 4 digit terakhir nofon h/set anda
6) tambahkan dengan 4 digit terakhir nofon h/set anda sekali lagi
7) tolak 250
8) bahagikan dengan 2 dan akhirnya,

Is it your handphone number????

November 24, 2005

Wayang

Semalam aku g teman Reen tgk Harry Potter..Kesian dia, x de sape yg nak tgk cerita tu..Dia mmg peminat fanatik cite tu, setiap episod dan karakter dia ambik tahu.Siap baca novel lagi..cite Lord of The Ring pun sama gak...

Aku mmg x layan sgt cite2 cam tu. Klu tgk pun kat cd jer...Pernah sekali aku tertido masa tgk cite tu. Karakter & episod langsung x ingat. Nasib baik ler Reen ada cite sket2 psl karektor tu..Semalam aku tgk wayang pakai baju kurung..hihihihi..kelakor lak..cam x kena jer ..Memula2 ingat nak beli tiket je pastu tgk jadual, tayangan kul 3.30 ada.Tu yg terus tgk je, x sempat nak tukar baju kt rumah.Klu nak tgk malam..kul 9.30 baru ada..Lewat sgt balik rumah nanti..Dahla 2 org je..Lama pulak tu, smpi 2 jam setengah..cam cite Hindustan lak..Nasib baik.ok..Kira x nyesal la tgk smlm.

Sabtu ni, aku nak tgk cite PHSMII lak..Semua org x nak tgk cite tu. Nasib baik Timah sudi menemankan aku, klu x tgk kat cd je laa..Ni pun ada syarat, aku temankan g dinner office dia, pagi esoknya, dia temankan aku lak.

Rasanya lepas ni dah x de cite yg menarik kot utk aku tgk kat panggung.Lagipun kena jimat2...Kena budget seh..Gaji dah kena cut.Terasa jugaklah berbanding skim gaji yg dulu.

Ku Seru (Sountrack PHSM II)

Ku membayangi
Jiwa hatimu
Tapi perpisahan menunggu
Ku ingin membelaimu
Namun kasihku tiada restu
Diri begini
Kerna selalu
Ditinggal kerana sengsara
Hingga hilang terlupa
Siapa aku sebenarnya....Sayang
Oh dengarlah sayu tangisanku
Mengapa degupanmu ku seru
Kerna kesepian nan terlalu
Kembalikan hidup yang ku rindu
Oh dengarlah sunyi tangisanku
Kau tahu ku amat menyayangimu
Oh pergilah kau bukan milikku
Pulang pada yang mengasihi dirimu
Ohh..kesepian berlalu ohoh..
Maafkan Daku
Sampai disini
Ku lepas kau pergi
Biar ku damai bersemadi
Luka mu ku mengerti
Kan ku hilangkan derita ini



November 22, 2005

Raya Lagi

Akhirnya aku berjaya juga menyempurnakan posa 6 smlm. Maknanya, aku beraya la ari ni...hehehehehe.Buat kwn2 yg sedang posa enam, teruskan perjuangan anda...
Semoga kita sama2 mendapat pahala dariNya.....

November 16, 2005

Senget oh senget

Kecewanya aku bila sup tulang senget dah x sama rasanya cam selalu...Tensionnye....
Senget adalah favourite port klu kitorang nak makan sup tulang best..Tempat tu x la best sgt...warung je kat area rumah flat, mejanya x rata sbb jalan kat situ membukit. ..Sbb tu aku panggil kedai tu Senget..

Dulu sup tulangnye best giler...kaww rasanya..cukup rempah, pedas & masin..semuanya cukup..Dah le murah giler..Lepas raya ni, kitorang g sana lagi coz masa sebulan posa mmg x pekena sup tulang senget langsung...Bila waiter tu hantar je lauk yg kitorang order...lain mcm je tgk sup tulang tu..cair semacam je..Bila rasa...mmm..totally different...out terus..Patut pun, bila aku tgk cara diorang serve nasi pun dah lain...Selalunye sambal belacan campur ngan timun sekali.Ni nasi kosong pulak yg campur ngan timun.. Rasa sambal belacan pun dah lain jugak...

Pada firasat aku ler...management senget dah bertukar ler..Tgk abg yg ambik order pun lain..Tukang masak pun mesti ler lain..Klu x, x kan rasanya dah bertukar..Nampaknye..aku kena cari port lain ler klu nak makan masakan thai yg sedap.....kat mana ye..

November 09, 2005

Lebaran

Aku rasa saat yg paling meriah masa raya adalah masa kitorang satu family berbuka posa sesama pada hari terakhir posa tahun tu. Malam menjelang raya tu la yg best.Masa tu la kitorang berkumpul, sembang2 dan tukar2 cite. Anak buah aku as usual la, akan main mercun n bunga api kt luar. Kitorang adik beradik pulak akan berkumpul kat dlm bilik aku, sembang2 sambil gosok baju family masing2. Topik yg tiap2 tahun mesti keluar ialah psl baju raya masing2. Sbg pemilik bilik, aku punye koleksi baju raya ler yg selalu jadi mangsa tatapan dan komen drpd org lain.

Breakfast pagi raya tu, klu x de pisang @ keladi goreng buat cengkodok ikan bilis pun jadi ler. Kat meja makan tu, sambung menyembang lagi..Sementara tu, ada la jugak jiran2 yg pulangkan mangkuk tingkat (ada isi lauk ye...). Lain pulak ngan anak buah aku, diorang mesti nak makan ketupat masa breakfast tu.

Lepas sembahyang raya, acara nangis2 pulak...(anak buah aku yg bagi nama)...Biasalah klu bermaaf2 an di pagi raya, mestilah syahdu syahdan punye sampai menitis air mata. Tahun ni, abg aku x join coz turn dia beraya kt rumah mertua. So, dia akan bermaafan sblm balik kl nanti.
Klu part ni...budak2 klu salam ada makna ler..Semuanya sengih2...mintak duit raya...kuang3x.

Pastu, aku n parent aku akan tunggu org datang beraya sementara yg lain g raya kat rumah mertua masing2. Petang raya tu, kelam kabut le jugak nak prepare dinner utk sepupu2 n keluarga mertua akak aku yg datang beraya.Nasib baik akak aku dah balik beraya.Boleh ler tolong sket2. Mlm tu, kitorang g beraya rumah makcik2 n jiran2 yg ada kt kg je.


Pagi esoknya baru g beraya kat rumah sedara mara kt kg mak aku.Dah lama rasanya abah aku x ajak g kg dia..Dia malas nak drive kot coz kg dia jauh..Kitorang smpi rumah mak long aku dlm kul 12.30 tgh hari...Masa tu kat Astro Ria ada program dari Studio 1 bersama Mawi..Hehehe....kitorang dgn muka x malu terus bgtau nak tgk astro kat atas. Mak aku n kak long aku je yg layan mak long aku..Bila nak abis je program tu..baru ler g turun bwh sembang2 ngan mak long aku.Teruk betul perangai...Nasib baikler kat rumah mak long aku..X kisah ler sgt sbb dah biasa ngan dia.

Balik2 rumah je...semuanye ready kat depan tv..nak tgk konsert ct kat london pulak..Best2 je tgk, ada tetamu pulak datang.Kelam kabut akak n abg aku yg tertido kt depan tv. Masa tu ler, berpusu2 org datang nak beraya. Hilang dah concentrate aku kat konsert tu..Suara ct mmg power tp bila dia ubah arrangement music tu dah jadi lain lagunye..Aku cuma enjoy part dia bwk lagu tradisional..Yg balada tu cam boring je.Maybe psl byk sgt lagu yg dia bawak kot..Malam tu, bila kitorang siap2 nak g beraya..ada lagi tetamu dtg raya. Dah cancel plan nak g beraya lm tu.Part ni lagi best..kitorang dah tutup lampu coz nak tgk cite gangster n PGL...tetiba ada org hon nak dtg beraya lagi...Kelakor sungguh masa tu...Mak aku pun dah masuk dlm bilik..

Raya ketiga lak, kitorang satu family berkumpul kat rumah akak aku.Kelam kabut dia buat roti jala..Masak je satu keping, dah ada org ambik....Masa tu, cam raya kat kg2 lak.....Akak n abg aku g petik mangga kat tepi rumah, abg ipar aku tebang dahan pokok pisang n ambik anak pokok utk bwk blk kl. Anak buah aku pulak tangkap belut yg ada kt dlm longkang rumah..Semua aktiviti cam kt kg2 je padahal rumah akak aku tu kat taman perumahan.Bila abg aku dah nak balik, syahdu balik suasana...Ye ler..part dia nak salam2 pulak.Lama betul dia salam mak aku..Apa le yg diorang ckp masa peluk2 tu..Semuanye confuse...dlm 15 minit jugak ler...Ngan abah aku lama jugak tp x dpt menandingi mak aku..Bila dia dah salam parents tu, dia kena rehat n lap2 air mata jap sblm teruskan salam ngan akak aku..Aku rasa masa turn salam ngan aku tu paling singkat rasanya..kuang3x..Ye ler mana ler kitorang nak nangis2 ni cam ngan org lain..

Mlm tu, kitorang melayan jiran2 yg dtg raya..Pepagi raya ke-4, sepupu aku dah dtg raya..Kelam kabut akak aku coz dia tak kemas lagi tempat tido. Mlm tu, diorang tido kat luar coz nak tgk movie smpi larut mlm..Selamat ler aku coz masa tu aku kat bilik air..X yah ler nak kemas2 n siapkan apa2 yg patut.Yg bestnya, sepupu aku tegur yg aku dah kurus...gembiranye masa tu...hihihihi...Ptg tu, sepupu belah abah aku pulak dtg. Masa ni, tinggal aku je kat rumah..coz semuanya dah balik kl..Bosannya diorang tanya psl aku.X de topik lain , mesti tanya berapa lama cuti..Tu je la modal diorang klu nak tanya kabor.Klu ngan org lain, mesti tanya psl anak..

Mlm tu, aku layan cite Kal Ho Na Ho..Cite tu mmg dah lama aku nak tgk, smpi dah nak beli vcd nye, cuma x jumpa je..Nasib baik ler x de org dtg beraya mlm tu...x de gangguan..hehehehe.Aku layan cite tu smpi kul 2 pagi. Esok pepagi, turn aku lak balik kl...Kesian mak aku coz dia kena masak sesorang utk makcik2 aku yg dtg beraya dr JB.




November 08, 2005

Beberapa Hari Sebelum Raya

Aku balik kg lg 4 hari nak raya...So, sempat ler aku tolong akak aku buat kuih raya kat rumah dia...Syok jugak, sambil buat2 kuih tu, kitorang sembang2 pasal mcm hal yg berkaitan ngan family kitorang.Yg pastinya, sepanjang kt rumah dia, aku asyik melengkor je sambil menidorkan diri...hihihihi...Ari isnin, baru aku balik rumah parents aku. Tgh aku sibuk2 masak untuk buka posa, abg aku satu family tetiba muncul.Kelam kabut aku cari apa2 yg patut utk tambah lauk, dia suka buat perangai cam ni..Balik kg, x nak bgtau dulu..Kesian aku tgk parents aku bila anak dia yg bongsu buat hal time bukak posa..

Pastu, kitorang pun sesama tukar sarung kusyen.Penat jugak coz ada dua set sofa yg kena tukar..Pandai gak anak buah aku tolong walaupun dia pasang senget2..kihkih..At least, ada la niat nak tolong..Pepagi esoknya, aku buat operasi membasuh sarung kusyen yg lama. Pastu break kejap...Bagi washing machine tu rehat sat..Pastu, sambung balik..basuh langsir pulak...Akak ipar aku lak buat operasi kemas2 rumah.Pastu, aku tolong anyam ketupat sket2...Aku cuma reti anyam ketupat jantung je..coz guna satu tangan je berbanding ketupat jenis lain..Mlm tu, buat aktiviti pasang langsir lak.

Bangun2 je tido ari rabu tu, akak ipar aku dah kecoh pasal rumah parents dia dimasuki pencuri..Abang aku boleh pulak selamba je tolong potong ayam n daging. Mak aku, as usual laa...hal2 yg berkaitan ngan rebus ketupat..Bila abg aku balik rumah mertua dia...aku pun start ler pulun tolong mak aku kat dapur dgn aman...Kitorang buat ayam masak merah, daging dengdeng, kuah kacang, sambal goreng & sayur lodeh..

Petang tu, aku dah boleh rilek2 je tunggu adik beradik yg lain utk balik buka posa..Bab hantar lauk utk kunjung mengunjung, aku dah serahkan kepada anak2 buah aku..Dulu2 aku yg kena g hantar....ni part yg aku paling menyampah nak buat.So, tahun ni tugas aku cuma masukkan lauk dalam mangkuk tingkat..tugas seterusnya anak buah aku yg buat...hehehehe

October 28, 2005

Salam Aidilfitri

Khas buat mereka yg sudi mengunjungi blog ini, diucapkan Selamat Menyambut Aidilfitri
dan ampun maaf dipinta.....

Image hosted by Photobucket.com

October 26, 2005

Persiapan Raya

Untuk persiapan raya ni, aku rasa semuanya dah cukup utk aku & family. Baju raya yg belum pakai ada 3 pasang, yg dah pakai pun ada 3 pasang.Still boleh consider ke yg dah dipakai tu as baju raya, tp baru sekali dua je aku pakai baju tu. Klu gaji aku masuk sblm raya ni, aku ingat nak beli blaus raya coz tiap2 tahun aku mesti beli blaus yg agak grand sket masa nk raya.hehehehe (terikut-ikut akak aku). Untuk parents aku lak, awal2 lagi mak aku dah pilih sendiri kain utk buat baju dia. Abah aku lak aku dah belikan t-shirt warna putih plain yg dia dah request dulu.

Kasut & handbag aku pulak, aku dh beli awal2 masa Jaya Jusco buat sale sblm posa dulu. Dua2 item ni mmg susah aku nak beli coz ada je yg x berkenan. So, bila aku terjumpa yg aku dah berkenan, terus je beli walaupun x de niat nak belinya masa tu. Masa tu jugak, ada ler beli t-shirt raya, mentang2 ler tgh sale.kihkihkih.... Pompuan ler katakan....lagi2 aku yg mmg kaki shopping ni.

Tudung pulak aku beli 2 helai. Satu helai aku beli kt Jln TAR, masa tu aku temankan timah g beli barang2 utk majlis pertunangan dia. Lagi sehelai, aku beli kt pasar malam bangi. Masa g pasar malam tu, niat cuma nak beli tudung je. Tapi, kitorang ternampak selendang yg lawa, bila tanya cuma rm10 je. Apa lagi, kitorang pun beli sesama. Camne le aku nak gayakan selendang tu nanti. X reti pakai la...Kena praktis ni ngan dong & mon . Masa birthday aku dulu, aku ada request tudung utk baju raya pertama aku, so dah save ler skit. X yah aku nak beli lagi sehelai.


Parents aku ada request alas meja & bunga dari daun getah. Alas meja tu aku dah beli kt biilion last weekend, nasib baik tgh sale...murah le sket.Pastu, aku jumpa wallet murah (rm17.90) & terus je beli. Lagipun...aku mmg dah bosan ngan pattern wallet yg lama.
Bunga dari daun getah (yg dikeringkan) lak, aku dah beli semalam kt kompleks diamond. Senang je aku pilih sbb kedai tu dah siapkan jambangannya sekali, 8 kuntum bunga=rm20.

Apa lagi ye...Oh lupa lak kuih-muih.Aku ada tempah almond london dr jiran akak aku, biskut paulina dr ayu (officemate) & tart dr mira (officemate jugak). Masa aku temankan reen beli kerepek kat warta smlm, aku pun gatal nak beli kerepek ubi pedas. Balik2 je aku nampak dong punya kerepek dhal. Bila dong tau yg aku berminat kat kerepek tu, dong offer aku beli kat dia je coz dia pun beli banyak.

Beside that, aku pun ada gak buat kuih....coklat chip 2 versi...satu perasa biasa (yg tu dh nak abis...kes3x), lg satu versi perasa coklat...Semalam aku buat biskut peanut butter sama2 dengan reen. Banyaknye kuih aku tahun ni. Mesti mak aku terkejut coz tahun2 lepas aku cuma bawak balik bahan kuih je. Pastu, lps sahur kitorang adik- beradik akan buat kuih raya sesama, sementara mak aku buat baulu gulung dia. X tau ler tahun ni camne.Sbb dah byk dah ni. X campur lagi ngan kuih yg akak2 & akak ipar aku bwk. Dia selalunya bwk gak kuih. Klu dia x buat sendiri, dia beli. Karang2 buat byk2 sgt, x de sape nk makan.

Pasal duit raya, aku dah mintak tolong abg ipar aku tukarkan kt bank (mmg camtu tiap2 tahun). X kan aku nak g tukar sendiri. Buat malu je, dah la sikit.Tiap2 tahun, aku cuma bg anak buah aku je duit raya. Tp, tahun ni aku kena bg lebih sket coz ada anak buah aku yg tgh buat A-Level. X kan nk bagi dia sama je ngan budak umur 4 tahun. Mintak2 ler gaji aku masuk sblm raya ni...Klu x, kena korek kt tempat lain ler nampaknya. Kalau x bg, aku pulak yg rasa x sedap ati......

October 18, 2005

Hobi Baru

Sempena bulan posa ni, kitorang satu rumah dah ada hobi baru.....memasak..hehehehehe.
Yg mmg wajib, masak lauk laa untuk berbuka posa ngan sahur. Yg sunat tu, cuba resepi baru e.g buat puding... Hakikatnya..puding yg dah 2 kali aku buat tu x jadi..Malunye..padahal puding kastard je. Penat aku pikir, apalah yg silapnya ngan resepi aku tu..kurang air ke salah cara mengacaunye. Puas dah aku tanya akak ngan mak aku aku, 'X tau ler' pun dah tolong tanyakan mak dia yg kt kg. Dah nak give up dah, tp Mon ada bg perangsang kt aku. So, aku pun ambik langkah selamat dgn beli corn puding mix. Senang je, x payah risau psl sukatannye, cuma campur puding mix tu ngan susu je. Klu x jadi jugak aku x tau ler. Kena badi puding jagung kot.
Nasib baiklah, Dong ada beli oven. Terubatlah jugak kedukaan aku bila cookies aku jd.Hehehe.Ada org puji sedap pulak tu..Aww.Senang je buat cookies ni. Campur je tepung Biscuit Mix ngan buttercup & telur. Pastu, kacau2 smpi sebati. Bila dah ok, campur ngan chocolate chip. Buat ler apa bentuk yg berkenan & bakar. Bila, dah bau ala2 Famous Amos tu, tandanya dah nak masak ler tu..
'X tau ler' pun jeles gak tgk kitorang sibuk2 buat kuih ni..hihihihi. Mimpi apa ntah, mlm td dia buat biskut corn flakes.Nasib baik ler jadi n sedap. Tu yg dah kemaruk pulak nak buat kuih raya lagi ni..Setakat ni, Mon menyandang gelaran juara membuat kuih raya yg paling banyak. Ye ler, dia byk tempat nk distribute. Bwk balik sabah, bagi adik dia yg kat langkawi dan utk bf dia yg x blk kg .kuang3x. Klu aku, utk blk kg n rumah je ...coz Dong plan nk buat open house (ntah jd ke x).
Dlm pikiran aku ni, mcm2 lg ni nk masak. Nk masak ikan bakar resepi mak aku & ikan stim resepi akak aku. Resepi aku lak, biscuit hazel nut..hehehe..Aku nk reka resepi baru..Mintak2 ler sedap. Resepinya cam cookies tu gak, tp aku nak tukar sket bhn2nye..Lagi satu nk buat biscuit peanut butter. Mlm td aku tgk kopitiam, si Marie (Joana Bessey) buat biskut, x jd2.Kesian dia..

October 13, 2005

Untuk Renungan Kita Bersama

Kebanyakan manusia meninggal dunia antara usia 60 thn-70thn (majoriti) Puratanya manusia meninggal lebih kurang 65 th
Baligh: Start untuk seseorang di perhitungkan amal baik atau buruknya selama hidup di dunia
Laki-laki Baligh lebih kurang 15 tahun
Wanita Baligh lebih kurang 12 tahun

Usia Yang ada untuk kita beribadah kepada-Nya, puratanya:
Usia Mati tolak Usia Baligh = Baki Usia, :~ 65 - 15 = 50 tahun
50 tahun digunakan untuk apa?

Catatan:
50 tahun = 18250 hari = 458000 jam
12 jam siang hari
12 jam malam hari
24 jam satu hari satu malam

Gambaran kasarnya:
Mari kita muhasabah bersama


Waktu kita tidur lebih kurang 8 jam/hari ;
Dalam 50 tahun waktu yang habis dipakai tidur 18250 hari x 8 jam= 146000 jam= 16 tahun 7 bulan; dibulatkan jadi 17 tahun
Logiknya: Alangkah sayangnya waktu 17 tahun habis di gunakan untuk tidur, padahal kita akan tertidur dari dunia untuk selamanya

Waktu aktiviti kita di siang hari lebih kurang 12 jam
Dalam 50 tahun waktu yang habis dipakai untuk aktiviti:
18250 hari x 12 jam= 219000 jam = 25 tahun
Aktiviti disiang hari: Ada yang bekerja, atau bercinta, ada yang belajar atau mengajar, ada yang sekolah atau kuliah, ada yang makan sambil jalan-jalan, dan banyak lagi.

Waktu rehat lebih kurang 4 jam
Dalam 50 tahun waktu yang dipakai untuk rehat 18250 hari x 4 jam= 73000 jam = 8 tahun
Rehat: menonton tv, atau mungkin dihabiskan termenung di buai khayalan

17 tahun + 25 tahun + 8 tahun = 50 tahun

Lalu Bila Nak Beribadah???
Padahal Allah ada berfirman yang bermaksud; Tidak KUciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKU.


Maut datang menjemput tak pernah bersahut,
Malaikat datang menuntut untuk merenggut,
Manusia tak kuasa untuk berkata-kata,
Allah Maha Kuasa atas syurga dan Neraka,
Terimalah habuanmu seadanya..

Memang benar!!! Menuntut ilmu itu ibadah, kalau niatnya untuk ibadah, tetapi kebanyakannya belajar agar mudah mencari pekerjaan. Sekiranya belajar itu tidak membantu menambah pendapatan kita, kita tidak akan belajar…

Memang benar!!! Bekerja cari nafkah itu ibadah, tapi bekerja yang bagaimana? Ramai orang bekerja untuk hidup bermewah-mewahan dan amat kurang sedekahnya.

Jarang ada yang menolak untuk dipuji dan dipuja tatkala berjaya

Lalu Bila Nak Beribadah???
Oh! mungkin solat 5 waktu itu dianggap sudah mencukupi
Kerana kita fikir; solat wajib besar pahalanya, solat amalan pertama yang dihisab, solat jalan untuk membuka pintu syurga
Benarkah solat kita itu mencukupi dan diterima !!?
Berapa banyak solat kita dalam 50 tahun???
Lebih kurang : 1 solat = 10 minit 5x solat = 1 jam
Dalam waktu 50 tahun waktu yang terpakai utk solat = 18250 hari x I jam =18250 jam= 2 tahun

Kesimpulan: waktu yang kita manfaatkan dalam 50 tahun di dunia cuma 2 tahun untuk solat ( ini kalau yg solat 10minit! Kalau solat macam ayam patuk tanah..amacam? ) 2 tahun dari 50 tahun kesempatan kita itupun belum tentu solat kita bermakna berpahala dan di terima.

Dan sekiranya pahala solat kita selama 2 tahun tidak sebanding dengan perbuatan dosa-dosa kita selama 50 tahun; dalam percakapan kita yang selalu dusta, baik yang sengaja ataupun tidak, dalam pertuturan kita yang sering mengguris orangtua kita, dalam harta kekayaan kita yang selalu kedekut terhadap orang faqir, dalam setiap perbuatan kita yang selalu bergelumang dosa

Logiknya:
Bukan satu yang mustahil kita umat akhir zaman akan berhamburan di neraka untuk mendapatkan balasan kelalaian
Terlalu banyak masa yang terbuang percuma selama manusia hidup di dunia dan semuanya itu akan menjadi bencana

Penyelesaian:
Tiada kata terlambat walaupun waktu berlalu cepat, isilah ia dengan sesuatu yang bermanfaat!!!!!!!
Bersama2lah kita menghargai masa yg singkay ini.

October 06, 2005

Angan-angan

Bestnya kalau dapat jd org kaya. Macam-macam boleh buat. X payah pikir pasal nak jimat, hutang, budget, dan cara nak tambah saving. Apa2 pun boleh buat. Silap h/bulan boleh beli jet sendiri mcm diorang ni...

Image hosted by Photobucket.com

Kalau lagi kaya cam Sultan Brunei, dalam jet tu boleh guna saduran emas....

Image hosted by Photobucket.com
Image hosted by Photobucket.com


Pastu boleh melancong ke mana2 saja. Nak bershopping sakan pun boleh. Tp aku lebih suka rilekskan fikiran kat pulau2 yang menarik cam pulau ni...

Image hosted by Photobucket.com

Image hosted by Photobucket.com

Ntah apa-apalah aku ari ni. Berangan perkara yg x munasabah je...Kerja yg stabil pun x dapat lagi. Ni pasang impian yg mengarut2 pulak.

October 04, 2005

Selamat Datang Bulan Ramadhan Yang Penuh Berkat

Esok, semua umat islam akan start menunaikan ibadat puasa. X sabar rasanya nak menunaikan ibadat yang satu ni. Inilah peluangnya untuk aku mendekatkan diri kepada yang Esa. Bolehler mengambil kesempatan ini untuk menginsafi diri dan menambah amalan bagi mendapatkan pahala sunat. Bukannye selama ini aku mengabaikan suruhan-Nya tapi sbg insan biasa, aku mengaku jugak yg kekadang ni terleka sket. Buat amalan yg wajib je.

Sempena bulan posa yg akan menjelma esok, bersama2lah kita menghayati tazkirah ini:

Puasa membuka jalan

Puasa adalah medan memperkukuhkan tekad dan azam yang padu, juga medan manusia berhubung dengan Tuhannya yang berteraskan kepatuhan dan ketundukan. Ia juga medan jati diri dalam menghadapi tuntutan jasadi, mengawal desakannya serta mengutamakan keredhaan dan janji Allah [Fi Zilal al-Quran].

Sekadar mana kemahuan iradat meningkat sekadar itulah kekuasaan adat kebiasaan meluntur [Islamuna].

Puasa ialah rawatan mujarab kepada kebiasaan. Ia adalah latihan untuk meloloskan diri daripada cengkamannya atau meringankan bebanannya. Ia juga mengingatkan manusia rutin-rutin ini bukanlah urusan yang tidak mampu dielakkan, bahkan diri sendiri dan suasana hidup yang memperkasakannya. Dia mampu meninggalkannya (jika bertekad sepenuh hati) tanpa mengalami apa-apa kesakitan atau mudharat [Taujihat al-Islam].


Bagaimana puasa membantu

1. Menguatkan kemahuan iradat.
Sebagaimana yang disebut, “Sekadar mana kemahuan iradat meningkat sekadar itulah

kekuasaan adat kebiasaan meluntur”.

2. Tempoh perubahan yang lama.
Berpaksikan kepatuhan kepada hukum syara’ dan keinginan untuk taat, orang yang berpuasa

akan meninggalkan rutin kebiasaannya selama 29 - 30 hari. Ia adalah tempoh yang
mencukupi untuk berubah jika disertakan dengan niat yang jujur.

3. Perubahan yang menyeluruh.
Semasa berpuasa, seseorang mengubah waktu tidur, jaga, makan minum, cara penggunaan

waktu, susunan prioriti kerja bahkan perasaan dan tingkah lakunya. Oleh itu, keupayaan
untuk berubah akan lebih besar dan kuat.

4. Penglibatan ramai.
Puasa Ramadhan membentuk satu perubahan yang meliputi semua individu masyarakat

muslim. Setiap muslim terlibat dalam perubahan zahir dan batin ini. Ini membantu
perubahan. Sesiapa yang inginkan perubahan sikap tidak akan keseorangan bahkan seluruh
masyarakat mendokongnya.


Penutup
Intipati puasa ialah mengawal diri daripada syahwat dan meninggalkan rutin [Zad al-Ma-‘ad].
Apabila tiada kejayaan dalam mengubah (diri) padahal terdapat peluang yang banyak, pahala yang melimpah ruah dan tempoh yang panjang, saya jangkakan anda tidak akan berubah, bahkan anda sememangnya tidak mahu berubah. Jika anda tidak mengubah kebiasaan yang buruk di dalam Ramadhan, anda adalah orang yang tersekat dari rahmat Allah dan menyalahi hikmahNya. Allah menjadikan puasa untuk para hamba, supaya mereka mengubah perangai-perangai mereka. Tetapi mereka hanya mengubah waktu makan mereka sahaja [Ibadat fil Islam].

September 28, 2005

What Age Do I Act?

You Are 25 Years Old
Under 12: You are a kid at heart. You still have an optimistic life view - and you look at the world with awe.
13-19: You are a teenager at heart. You question authority and are still trying to find your place in this world.
20-29: You are a twentysomething at heart. You feel excited about what's to come... love, work, and new experiences.
30-39: You are a thirtysomething at heart. You've had a taste of success and true love, but you want more!
40+: You are a mature adult. You've been through most of the ups and downs of life already. Now you get to sit back and relax.

September 26, 2005

Love & Marriage

*dont make mistake in love and marriage...open your eyes and heart for sumone who u feel could b with u all the hard and good times.........dont make mistake........*
A student ask a teacher, "what is love?" The teacher said, "in order to answer your question, go to the padi field and choose the biggest padi and come back. But the rule is: you can go throught them only once and cannot turn back to pick." The student went to the field, go thru first row, he saw one big padi,but he wonders....may be there is a bigger one later. Then he saw another bigger one... but may be there is a even bigger one waiting for him.
Later, when he finished more than half of the padi field, he start to realise that the padi is not as big as the previous one he saw, he know he has missed the biggest one, and he regreted. So, he ended up went back to the teacher with empty hand. The teacher told him, "...this is love... you keep looking for a better one, but when later you realise, you have already miss the person...."
"What is marriage then?" the student asked. The teacher said, "in order to answer your question, go to the corn field and choose the biggest corn and come back. But the rule is: you can go throught them only once and cannot turn back to pick." The student went to the corn field, this time he is careful not to repeat the previous mistake, when he reach the middle of the field, he has picked one medium corn that he feel satisfy, and come back to the teacher. The teacher told him, "this time you bring back a corn.... you look for one that is just nice, and you have faith and believe this is the best one you get.... this is marriage."

Cresent Island

Image hosted by Photobucket.com

Lawa x gambar ni. Actually, ni gambar background PC aku skrg. Semua org yg dtg kt tempat aku mesti tegur psl gambar ni. Biasalah, kalau pelik sket mesti ada yg tegur. Gambar ni sepet yg bg.Sape sepet tu...Dia adalah salah seorang vendor yg selalu berurusan ngan aku. Org chinese, sbb tu kitorang panggil dia sepet. Officemate aku asyik kenakan aku ngan dia je. dapat la jugak merasa dia belanja pizza.hehehehehe. Skrg ni sepet dah jarang contact aku, forward email je yg ada. Ye ler, semua projek & payment dah settle.hahahahahahahaha.

September 21, 2005

Interview

Smlm aku g interview kat plaza damansara as RF Engineer.
Dah lama aku x g interview. Macam hampeh je masa jwb soalan diorang.
Dah la bosnye garang semacam je. Aku rasa klu lah aku dpt job tu, cam byk giler keje yg menanti. Company kecik katakan.

Tp, aku sedar zaman skrg ni mane leh boleh memilih sgt.
Aku kena sedar, umur cam aku ni patutnye dah ada kerjaya yg stabil & income yg tetap.
Dah boleh nak merancang utk masa depan..........

August 15, 2005

Intro

Aku x tau nak tulis apa...
Kwn2 aku punye psl ler ni...
Semua org suruh aku buat blog...
Aku pun try laa nak join diorang sekali ni...
Hmmmm....