January 17, 2011

Saje je...

Masuk ari ni dh 17 hari masuk tahun baru..Timah pun dh masuk 31 tahun ari ni.Chek, happy birthday ye..

Awal2 tahun ni, kedudukan kewanganku agak meruncing.Nak dijadikan cerita 5hb lps, rumahku digenangi air lagi..Tersumbat..uwekk..Kena panggil Indah Water lagi nk settlekan problem tu.Kopak aku dlm rm300.Dh jatuh ditimpa tangga, last week tayar kereta aku pecah setelah melanggar apa benda ntah kt jalan raya ms on the way g opis.
Kena tukar tayar kereta lak..adoii...Dh la bln ni road tax mati..Duit kena standby utk bayar insurans lagi..Huhuhuhu..

Walau mcm mana pun, ia tidak menghalang aku berjimba2 ngan opismate ke Sabak Bernam weekend lepas.Kitorg gerak dlm kul 11 pagi dan menginap di Homestay Haji Dorani.Smpi sana terus masak utk lunch.Lps makan, lepak2 jap sambil main congkak..Dalam kul 6, Zie smpi ngan bahan2 utk BBQ.Kitorg pun start menyingsing lengan baju utk siang ikan, sotong & udang.Geram je tgk saiz sotong n udang yang gedabak.

Malam tu, aktiviti BBQ sampai kekenyangan..hahahaha..Ada game main bahasa isyarat dan dart.Group aku kalah dan kitorg kena denda menari poco2 n nyanyi..huhuhu..Lps subuh esoknya, kena prepare breakfast iaitu sandwich & nasi lemak.Nurul sempat rebus jagung lagi.

Lps je brekafast, msg2 gerak ke sawah untuk main gagau ikan.Kaum lelaki je yang terlibat berlumpur ngan selut.Msg2 sporting bila dijatuhkan ke dalam lumpur.Dlm kul 12, kitorang balik dan bergotong royong menyediakan hidangan makan tengah hari.Punye la lama kitorang masak, kul 4 baru semua makanan siap dimasak.

Kul 5 baru kitorang gerak balik. Dalam 7 buah kereta, hanya aku sesorg pemandu perempuan..hahahaha dan rasanya aku la yg smpi plg awal sbb tak singgah mana2 berbanding org lain.