December 31, 2010

Happy New Year 2011

Pejam selik pejam celik, cepat je masa berlalu.Tahun baru bakal menjelma kul 12 tgh mlm ni.

Imbas kembali tahun 2010, tak banyak sgt yang berlaku..Aku lebih menumpukan proses pemulihan diriku..Klu dari segi perubatan islam, penyakit ku dikenali sbg gangguan jin.Klu dari segi perubatan moden, doktor pakar kata aku sakit bipolar mood disorder.Spektrum mood sedih dan gembira aku tak stabil..Utk menstabilkannya aku kena makan ubat olanzaphine yg kesannya menyebabkan aku mengantuk..Ustaz pulak cakap aku ni ada link ngan alam roh..So, tak leh g tempat2 yang keras cam hutan..Maka, aku tak leh join aktiviti lasak.huhuhu..

Semoga tahun yang mendatang ini membawa seribu kemakmuran dalam hidupku. Wish u all Happy New Year 2011!!!

December 06, 2010

Salam Maal Hijrah 1432

Disini aku ingin mengucapkan selamat menyambut Maal Hijrah 1432..
Semoga tahun baru yang mendatang ini memberikan sinar baru dalam hidupku..Amin

September 07, 2010

Salam Aidilfitri

Dikala mencoret entry ini, aku sedang menunggu saat pulang ke kg halaman utk berhari raya. Ya, td adalah hari terakhir aku bekerja seblm mengambil cuti panjang.

Sedikit update sepanjang bulan Ramdhan:

1. Tahun ni aku malas nk masak juadah berbuka puasa. Beli lauk kt luar dan masak nasi & sayur je kt rumah.Kalau ada mood baru je aku masak.Tu pun yg simple2 je.
2. Kt opis, aku tolong admin menyediakan hamper berupa hantaran kpd client kami.Ada la dlm 2 minggu lebih tolong diorg repack kuih raya, hias bakul, dan menyusun aneka kuih, kek, coklat dan air .
3. Weekend pula, jadualku dipenuhi dgn menolong Kak Faizah menyiapkan tempahan almond london dan tart nenas.
4. Aku langsung tak shopping pd bulan Ramdan coz semua persiapan dh dibeli awal2 lg.

Tu je la kot. Tak sabor nk blk kg ni..hihihi

Salam Aidilfitri dan mohon ampun segala salah silap.

August 10, 2010

Entry Menjelang Ramadhan....

Cepatnya masa berlalu..pejam celik pejam celik dh nk msk bulan Ramadhan.Teringat balik kenangan yg plg manis thn lepas di mana aku berpeluang menjejakkan kaki ke tanah suci..Menunaikan umrah n berpuasa di sana di samping parents tercinta..

Tahun ni berpuasa mcm biasa ngan keje yg bertimbun kt opis.Kena pening sket ngan menu apa yg nk dimasak utk berbuka puasa. Waktu keje pun berubah..kena g awal sbb nk blk rumah awal..Persiapan raya dh buat sket2 coz tak nk kelam kabut ms bulan puasa nanti (mcm la aku ni ada anak).

Dan yang paling penting bg merebut keberkatan bulan Ramadhan, aku akan sedaya upaya menyempurnakan ibadah mengikut adab dan peraturan yang telah ditetapkan. Semoga aku kuat semangat dlm mengerjakannya.

Kepada semua pengunjung blog ini, mohon ampun maaf dan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak..

July 06, 2010

Saje je...

Aci tak buat posting camni..
Rindu lak nk update blog..

Skrg aku dh ada housemate baru, Aiman..budak praktikal kt Sony..duk 3 bulan je smpi lps raya..Ok la, at least aku tak boring duk rumah sesorg sementara housemate aku lg sorg (Nani) tgh cuti bersalin kt kg..Aku iklankan bilik disewa pun lps keboringan setelah sebulan duk sesorg kt rumah.Tak sangka ramai tul permintaan smpi aku kena buat saringan, kiranya bilik/rumah utk disewa kt sek.15 ni mmg hot la..

Demam world cup pun tgh makin panas membara..Camne ni 2 pasukan favourite aku akan berentap sesama sendiri..Serba salah nk sokong yg mana..Paul si sotong ramalkan Sepanyol akan menang..Mmg la aku suke, tp cam tak caye la pulak klu Jerman boleh kalah bila tgk diorg belasah Argentina ari tu...

Psl keje ..hehehehe..Aku kena buat balik benda2 yg aku pernah buat masa kt KTAK dulu..So, interesting la..bezanya skrg aku kt swasta, dolu2 kt gomen walaupun gaji bos aku yg bayar..Leh praktikkan pengalaman 3 dan 4 tahun lps..

June 25, 2010

Aku sudah 30 tahun...........

Tanggal 23 Jun lps, genapla usiaku 30 tahun...
Wah..sudah bertukar angka kt depannya...
Join group2 30an..ahaks..

Bak kata Shahrul, it just a number..memangla..senang dia ckp..dia tu laki2..anak pun dh sorg..rumah pun dh ada..Aku ni????

Namun begitu, aku bersyukur kpd Allah kerana masih lagi bernafas dan menjalankan tanggungjawab sbg khalifah di bumi ini..Masih mempunyai keluarga yang menyayangi & mengambil berat diri ini..Rakan-taulan yang berada disisi, bos2 n rakan sekerja yg memahamiku..

Terima kasih kepada semua yg wish terutamanya di facebook..Tak sangka ramai gak yg sudi menitip coretan kt wall aku yg jarang2 aktif. Tak lupa juga buat Superman yg masih lagi wish aku walaupun aku dh tak tersenarai sbg invited readernya..Tau pun dr mulut Nilli.

Melangkah ke 30an, diriku perlu lebih matang dalam menghadapi liku2 kehidupan yang semakin mencabar.Alhamdulillah, aku semakin pulih dr gangguan..Semuanya dugaan supaya aku lebih tabah dan tidak lalai dalam menjalankan suruhanNya. Aku percaya ada hikmah tersembunyi disebalik dugaan ini...Amin..Semoga Allah memberikanku kekuatan dalam menghadapi cabaran yang mendatang.

May 18, 2010

Untuk Dikongsi Bersama..(Petikan dari Blog Dr. Asri)

Penat Menanti Detik Kemustajaban Doa
Disiarkan pada Apr 24, 2010 dalam kategori Akidah |

Soalan: Saya mudah kecewa. Apabila saya doa, saya rasa doa saya Allah tidak akan terima. Saya dah minta doa macam-macam, tapi banyak benda yang minta itu tak berlaku seperti yang diminta. Kadang-kadang sehingga saya rasa macam tidak larat hendak berdoa. Tolonglah saya Dr!

Wardini, Kuala Kangsar.

Jawapan Dr MAZA:

Saudari, semoga Allah merahmati kita semua. Untuk menjawab kemusykilan saudari itu, saya nyatakan seperti berikut:

1. Doa adalah permohonan kepada Allah. Allah ialah Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mencipta. Apabila seseorang berdoa kepadaNya, hendaklah ia dilakukan dengan penuh perasaan merendah diri, kekusyukan jiwa, harapan dan pergantungan yang mutlak diserahkan kepadaNya.

Ramai orang berdoa, tetapi tidak ramai pula yang jiwanya ketika berdoa itu jiwa merendah, penuh tunduk dan khusyuk kepada Allah. Kebanyakan doa diungkapkan dengan jiwa yang hambar sedangkan Allah memerintahkan: (maksudnya)

“Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) yang perlahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas”. (Surah al-‘Araf, 55).

Jika kita dapat menjadikan jiwa kita ini begitu beradab, merendah, khusyuk dan penuh pengharapan kepada Allah, kita menghampiri pintu kemakbulan.

2. Bersangka buruk kepada Allah seperti menganggap Allah tidak akan terima doa adalah perasaan yang salah dan perlu dibaiki. Bagaimana mungkin Allah menolak doa, sedangkan Dia yang memerintahkan kita berdoa kepadaNya. Firman Allah:

(maksudnya): “Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir. Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka mendapat petunjuk (Surah al-Baqarah, 186).

FirmanNya juga: (maksudnya)

“Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu”. (Surah Ghafir, 60).

Doa yang dilakukan dengan penuh penghayatan pasti diterima Allah. Itulah jaminan Allah sendiri.

3. Maka seseorang hamba yang berdoa hendaklah dia penuh dengan keyakinan bahawa Allah akan memakbulkan doanya. Hanya jiwa yang tidak khusyuk ketika berdoa sahaja yang ragu-ragu terhadap penerimaan Allah. Sabda Nabi s.a.w:

“Berdoalah kamu kepada Allah dalam keadaan kamu yakin dengan kemustajabannya. Ketahuilah sesungguhnya Allah tidak menerima doa dari jantung hati yang lalai dan alpa” (Riwayat al-Tirmizi, dinilai sahih oleh al-Albani).

4. Namun, waktu dan ketika yang dipilih oleh Allah untuk sesuatu doa itu diperkenankan, hanya dalam ilmu Allah. Kadang-kala dilewatkan atas hikmah yang Dia Maha Mengetahui, dan insan yang berdoa juga biasanya akan tersingkap hikmah tersebut apabila tiba masanya. Sehingga apabila tiba waktu doa itu ditunaikan Allah, baru kita akan merasa betapa beruntungnya kemustajaban itu hadir pada waktu tersebut. Maka jangan putus asa dalam berdoa. Sabda Nabi s.a.w :

« Sentiasa doa dimustajabkan untuk seorang hamba Allah selagi mana dia tidak berdoa untuk membuat sesuatu dosa, atau memutuskan silaturrahim, selagi dia tidak tergopah-gapah ». Ditanya baginda : « Apa itu tergopoh-gapah ? ». Sabda baginda : «Apabila dia berkata : aku telah pun berdoa ! aku telah pun berdoa !, tetapi aku tidak nampak pun dimustajabkan untukku, lalu dia berhenti ketika itu dan meninggalkan doa » (Riwayat Muslim).

5. Cara bagaimana Allah memustajabkan sesuatu pengharapan atau doa hamba itu juga berbeza-beza. Mungkin tidak seperti jalan yang disangka hamba yang berdoa itu, tetapi Allah sesuatu yang lain yang lebih baik untuknya. Umpamanya, mungkin seorang hamba meminta kekayaan yang besar atas andaian dengan kekayaan itu maka dia akan bahagia.

Namun Allah mengetahui tentang hal hamba tersebut yang mana kekayaan besar boleh memudaratkan iman atau persekitarannya yang lain. Allah mungkin menggantikan kekayaan yang besar itu dengan rezeki yang mencukupi, kesihatan yang baik, anak-anak yang soleh dan keluarga yang bahagia. Kesemua itu membawanya mencapai ketenangan hidup di dunia dan kebahagiaan di akhirat.

Maka insan hendaklah jangan cepat menyatakan doanya tidak diterima, sebaliknya hendaklah dia sentiasa menyemak dan menilai segala kurnia Allah yang ada di sekelilingnya. Kemustajaban doa itu berlaku dalam berbagai bentuk. Sehingga ada yang Allah tangguhkan apa yang diminta itu ke hari akhirat, kerana Allah mengetahui bahawa di saat itu insan tersebut lebih memerlukan apa yang diminta tersebut. Sabda Nabi s.a.w :

« “Tiada seorang muslim yang berdoa dengan suatu doa yang tiada dalamnya dosa, atau memutuskan silaturahim melainkan Allah akan memberikan kepadanya salah satu dari tiga perkara: samada disegerakan kemakbulan, atau disimpan untuk diberikan pada hari akhirat, ataupun dijauhkan keburukan yang sepadan dengannya”. (Riwayat Ahmad, Al-Bazzar dan Abu Ya’la dengan sanad yang sahih).

6. Doa tidak sia-sia. Doa adalah lambang pengabdian diri seorang hamba Allah kepada Allah Yang Maha Agung. Sebab itulah berdoa kepada selain Allah, sekalipun memohon kemustajaban dari nabi atau wali adalah dianggap sebagai syrik. Sementara berdoa kepada Allah adalah ibadah. Ertinya, jika seorang hamba itu berdoa selama sejam, dia sebenarnya sedang beribadah selama sejam. Jika dia berdoa sepanjang malam, bererti dia beribadah sepanjang malam. Sabda Nabi s.a.w :

“Doa itu adalah ibadah” (Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi, dinilai sahih oleh al-Albani).

Adapun berdoa selain Allah pula adalah syirik dan memusuhi penyerunya pada hari Kiamat kelak. Firman Allah: (maksudnya):

“Dan tiada yang lebih sesat dari orang yang menyeru selain Allah, yang tidak dapat menyahut seruannya sehinggalah ke hari kiamat, sedang mereka (makhluk-makhluk yang mereka sembah itu) tidak dapat menyedari permohonan tersebut. Dan apabila manusia dihimpunkan (pada hari akhirat), segala yang disembah itu menjadi musuh (kepada orang-orang yang menyembahnya) dan membantah mereka” (Surah al-Ahqaf, 5-6).

7. Kehidupan ini mempunyai rahsianya yang tersendiri. Banyak perkara yang kita rasa pahit dan membencinya pada masa tertentu padahal ia manis pada masa yang lain. Banyak perkara yang kita rasa baik, ia buruk apabila berubah masa dan keadaan. Allah Maha Mengetahui apa yang bakal terjadi, apa yang sedang dan telah terjadi. Kita selalu tergopah-gapah menilai sesuatu keadaan. Sehingga kadang-kala kita berdoa hendak sesuatu, sedang Allah mengetahui ia tidak baik untuk kita. Allah menggantikan dengan perkara lain, kita mungkin tidak perasan atau sedar.

Seseorang mungkin merasakan doa yang dikehendaki belum Allah mustajabkan, tetapi dia terlupa apa yang sedang dinikmatinya itu sudah mencapai harapannya. Maka, janganlah cepat kita berputus asa dengan rahmat Allah dan terus menghukum bahawa doa kita belum dimustajabkan.

8. Dukacita dan keperitan hidup menghapuskan dosa dan menaikkan darjat seseorang di sisi Allah. Ia juga membawa insan membanyakkan doa. Dalam detik menunggu kemustajaban doa, ramai yang kembali menjadi soleh, tunduk, tawaduk dan membanyakkan ibadah. Penangguhan doa mempunyai berbagai hikmah dalam kehidupan muslim. Dunia ini amat kerdil dan tidak dibandingkan dengan akhirat. Doa merupakan amalan yang membawa kebahagian insan di akhirat. Menanti kemustajaban doa dengan iman dan penuh tawakal merupakan tempoh yang menyebabkan banyak insan kembali menemui jalan Allah yang hakiki.

9. Marilah kita teruskan doa, baiki diri dan nilailah apa yang telah berikan kepada kita dalam kehidupan hari ini. Keperitan hari ini, mungkin kemanisan hari esok. Kemanisan hari ini, belum tentu kenikmatan hari esok. Maka, sentiasa bertawakal kepada Allah dan jangan putus asa berdoa kepadaNya.

May 17, 2010

Kunjungan Tetamu Dari Jauh.................

Jengjengjeng....

Semalam aku menerima kunjungan dr Ita yg sedang berhempas-pulas belajar utk mendapatkan pHD di Newscastle, UK. Dapat gak jumpa ngan anaknya, Kayla yg comel ittew.

Kitorg melepas rindu yg dh 3 tahun tak jumpa..Dia bertolak ke UK pada bulan September 2007, sejurus selepas mendirikan rumahtangga..So, kebetulan dia ada conference kt UIA last week then ambik cuti sekali sebulan kt Msia. Mcm beraya lak dia semalam, dr Serdang ke Kajang berjumpa sedara- mara..Singgah ke Bangi semata-mata berjumpa aku..

Sempat bertukar2 cerita n bermain2 ngan anaknya yg selama ni geram je aku tgk kt gambar..Gebu tul kulitnya..Kitorg dinner kt Sarina Park Cafe (belakang rumah aku je)..Nasib tak menyebelahi kitorg, dh ler makanan lmbt smpi, rasa lak amatla kureng..Membantutkan suasana pertemuan kami..huhuhu..

Btw, syokla dpt jumpa Ita yg selama 3 thn kebelakangan ni hanya berhubung melalui Internet je..Thanks Ita.


Note :

Aku tak buat rawatan tepuk sebab ustaz yang bertugas ari sabtu lps menasihati agar aku bersedia sepenuhnya (sihat dr gangguan) supaya tiada kejadian yg tidak diingini berlaku semasa rawatan tepuk. So, hanya buat rawatan gangguan spt biasa.

May 11, 2010

Aku kena kuatkan semangat...

Chaiyokk......

Aku kena kuatkan semangat bg melawan sakitku ni..Betapa sakit kurasakan saat menjalani rawatan Ahad lps..Terutama ms benda tu degil takmo kuar dr badan..Alhamdullillah, kuar jugak setelah aku n ustaz berhempas pulas melawannya..Tp tak abis lg..Lps je rehat dlm 5 minit, Ustaz nk smbg balik rawatan..Namun, badanku tak terdaya smpi rasa nk pitam..Ustaz tu kata benda tu nk msk balik ke dalam badanku n dia tak berani nk teruskan rawatan..Dia nasihatkan aku jalani rawatan tepuk (khusus untuk santau). Klu takde benda kuar ms rawatan tu (meaning tak kena santau), leh sambung rawatan cam biasa..

Balik je rumah, perasaanku bercampur baur..ngan letih lps rawatan tak ilang lg, then dgr apa yg ustaz ckp lg..risau dibuatnya..Semuanya dugaan..Bg meleraikan persoalan n menenangkan fikiranku, aku baca balik buku yg Dato' Harun Din tulis klu tak silap tajuknya Makhluk Halus dan persoalannya..Ada gak persoalan psl gangguan saka n makhluk halus..Lps je baca jawapan dr persoalan yg diutarakan, aku lega sket..Yg penting kena bergantung pada yang Esa..Berusaha, berikhtiar dan bertawakal kpdNya..Hanya dia yang Maha Kuasa..

Semoga Allah memberiku kekuatan melawan gangguan makhluk yg sering mengganggu hidupku..Amin............

May 03, 2010

Entry Bulan Mei

Kejap je dh masuk bulan 5..

Yg aku tau, byk sgt perkara yg berlaku dlm hidupku bulan lps...Antaranya:

1. Keje yg menimbun kt opis..biasa la..ekekekekek

2. Rumahku dibanjiri ngan air kumbahan..uwekkk...

3. Sakitku dtg balik..Tp tak seserius cam bulan 10 ari tu..Puncanya sbb aku g rumah yg Zai baru beli kt Bandar Sri Putra..Suasana dlm rumah tu agak keras smpi aku menggigil ms stay kt rumah dia. Sib baik Zai paham n terus bwk aku menjalani rawatan kt Darus Syifa'. Selang sehari lps tu, kena tindih lak ngan lembaga ms tido di siang hari..Apa lg...kesian la Kak Ngah yg kena jaga aku..Sib baik tak teruk sgt...Bos aku pun paham ngan keadaan aku..

4. Aku dh jumpa ngan Ustaz yg betul2 serius nk membantu dlm proses rawatan aku...Alhamdulillah, jumpa gak ngan Ustaz yg betul2 nk tolong aku..Tp, semuanya bergantung kpd diri aku gak..kena kuatkan semangat melawan makhluk Allah yg sering mengganggu hidupku..Amin...

5. Melayan karenah Maisara...huhuhu..Biasalah remaja yg tgh hot..mcm2 hal nk kena settlekan..

April 05, 2010

Hari Minggu Yg Malang...........

Aduss, pagi2 smlm ms aku nk jemur baju..aku terpandang lantai telah digenangi air..
Oh tidak!!!! Peristiwa tahun 2007 berulang kembali..
Bezanya, dulu aku ada Timah, Kak Yus n Niza utk sama2 berasa cemas..
Kali ni, Kak Faizah yg menemaniku...

Apa la nasib penghuni apartment di tingkat 1..Bukan salah aku pun guna sistem kumbahan..Salah org atas yg tak bertanggungjawab membuang sisa2 yg tak sepatutnya especially, minyak masak..Ya itu la punca utama ..punca yg sama kejadian tahun 2007 yg lepas..

So, berdasarkan pengalaman yg lepas yg aku tau plumber tak leh settlekan problem ini, aku pun kol le pusat khidmat pelanggan IWK.Spt yg kujangka, aku kena pau ngan mamat IWK dlm RM300..Siot la..Tau la time aku tgh terdesak..

Buat pengunjung blog yg belum beli rumah, jgn le beli apartment, flat or yg sewaktu dgnnya..Mana tau, developer tak betul buat keje utk sistem saliran n kumbahan..

Note : Sempat pesan kt Kak Long, jual ke apartment ni..Tp, aku nk duk mana nanti..huhuhu

March 08, 2010

Jengjeng...

Ari ni aku happy...nape ye.
Dh lama takde perasaan camni..
Aku rasa diriku sudah kembali spt dulu..
Ceria..happy go lucky..

Yo la, sejak aku sakit kira2 bulan 10 tahun lps mcm2 masalah n dugaan yg menimpa diriku..Alhamdulillah, berkat kesabaran, ketabahan dan dorongan keluarga, bos2, teman sekerja, dan rakan2, aku teruskan usaha merawat penyakitku ini..Segala dugaan yg dihadapi sama ada masalah peribadi atau kerja aku hadapinya dgn tabah..

Terima kasih kpd semua yg membantuku...Walaupun aku masih lg dlm proses pemulihan, masih lg berulang alik ke darussyifa' dan ehem2 tu still nk kuar melalui mulut..aku dpt rasakan diriku sudah kembali spt dulu..

Tu je nk bgtau..hehehehe

February 19, 2010

My update...

Update gak setelah sebulan blog aku ni bersawang..Bukannya apa takde cite menarik..

Anak kedua Kak Long dh selamat berlepas ke Perth, 14hb lps jam 6.30 ptg..Menitis gak air mata aku ms antar dia kt airport lg2 time dia lambai2..ye la..umurnya baru 19thn..muda lg tu..Patutnya dia fly 8hb, tp ada je halangan....nk dijadikan cerita dia kena msk wad sehari sblm tu sbb denggi..kesian kan. So, to Ahmad Muzhaffar bin Mahmud good luck ye..belajar rajin2 n jaga diri baik2..Amboi, bukan main lg Cik Ain tgk gambar kt fb..tau la kelas lum start lg..

Psl sakit aku lak, dh beransur pulih..Klu mula2 kena dulu, sakit badan aku melawan ms benda tu nk kuar..Skrg ni, tak sakit lg dah..cuma penat la mulut aku ternganga setiap kali lps baca ayat2 ruqyah.Bibir aku lak jd kering yg amat smpi luka kt tepi belah kiri...ms cerita kt Kak Roha, dia kata takpe yg penting aku semakin pulih..Amin..

January 17, 2010

Gambor...

Saje upload gambar2..bg blog aku ceria sket..
Jgn marah ye ejatt, aku guna gambar yg ko snap...hihihi




January 16, 2010

Rindu nk update blog...

Lama gak blog aku ni bersawang..Bukannya apa..bz bangat la skrg..

Ni br berkesempatan bersiaran dari rumah Kak Long kt Jementah..Alhamdulillah, anaknya yg kedua pass exam A Level..So, buat ler kenduri doa selamat sblm dia berangkat ke Perth awal bulan depan..Ni br lps siapkan tender goreng ayam n ikan masin ..Tu pun jenuh la aku ngadap kuali selama 3 jam td ..

Update psl sakit lak..makin kerap ehem2 tu nk kuar..kekadang ms aku kt toilet pun tetiba mulut ternganga...smpi bintik2 merah kuar kt muka..Mak aku tak sabor nk tunggu aku pulih sepenuhnya..Ye la dh genap 3 bulan aku berjuang melawan jin2 yg terdapat dlm badanku ini..Alhamdulillah, berkat sokongan keluarga, rakan2 n opismate aku masih kuat semangat dalam proses pemulihan ini..

Azam aku utk menguruskan badan thn ni masih belum lagi bermula..Yo la, byk sgt dugaan..klu penat keje, confirmla nak kuar dr opis n makan2 kan..So, mana la ada masa nk ber Jus Mate 5 yg selalu aku ambik time lunch..dh ler jin2 ada lg dlm tubuhku, so nafsu makan still tak leh tahan lg..(alasan je ni..ekekekek)..