October 28, 2005

Salam Aidilfitri

Khas buat mereka yg sudi mengunjungi blog ini, diucapkan Selamat Menyambut Aidilfitri
dan ampun maaf dipinta.....

Image hosted by Photobucket.com

October 26, 2005

Persiapan Raya

Untuk persiapan raya ni, aku rasa semuanya dah cukup utk aku & family. Baju raya yg belum pakai ada 3 pasang, yg dah pakai pun ada 3 pasang.Still boleh consider ke yg dah dipakai tu as baju raya, tp baru sekali dua je aku pakai baju tu. Klu gaji aku masuk sblm raya ni, aku ingat nak beli blaus raya coz tiap2 tahun aku mesti beli blaus yg agak grand sket masa nk raya.hehehehe (terikut-ikut akak aku). Untuk parents aku lak, awal2 lagi mak aku dah pilih sendiri kain utk buat baju dia. Abah aku lak aku dah belikan t-shirt warna putih plain yg dia dah request dulu.

Kasut & handbag aku pulak, aku dh beli awal2 masa Jaya Jusco buat sale sblm posa dulu. Dua2 item ni mmg susah aku nak beli coz ada je yg x berkenan. So, bila aku terjumpa yg aku dah berkenan, terus je beli walaupun x de niat nak belinya masa tu. Masa tu jugak, ada ler beli t-shirt raya, mentang2 ler tgh sale.kihkihkih.... Pompuan ler katakan....lagi2 aku yg mmg kaki shopping ni.

Tudung pulak aku beli 2 helai. Satu helai aku beli kt Jln TAR, masa tu aku temankan timah g beli barang2 utk majlis pertunangan dia. Lagi sehelai, aku beli kt pasar malam bangi. Masa g pasar malam tu, niat cuma nak beli tudung je. Tapi, kitorang ternampak selendang yg lawa, bila tanya cuma rm10 je. Apa lagi, kitorang pun beli sesama. Camne le aku nak gayakan selendang tu nanti. X reti pakai la...Kena praktis ni ngan dong & mon . Masa birthday aku dulu, aku ada request tudung utk baju raya pertama aku, so dah save ler skit. X yah aku nak beli lagi sehelai.


Parents aku ada request alas meja & bunga dari daun getah. Alas meja tu aku dah beli kt biilion last weekend, nasib baik tgh sale...murah le sket.Pastu, aku jumpa wallet murah (rm17.90) & terus je beli. Lagipun...aku mmg dah bosan ngan pattern wallet yg lama.
Bunga dari daun getah (yg dikeringkan) lak, aku dah beli semalam kt kompleks diamond. Senang je aku pilih sbb kedai tu dah siapkan jambangannya sekali, 8 kuntum bunga=rm20.

Apa lagi ye...Oh lupa lak kuih-muih.Aku ada tempah almond london dr jiran akak aku, biskut paulina dr ayu (officemate) & tart dr mira (officemate jugak). Masa aku temankan reen beli kerepek kat warta smlm, aku pun gatal nak beli kerepek ubi pedas. Balik2 je aku nampak dong punya kerepek dhal. Bila dong tau yg aku berminat kat kerepek tu, dong offer aku beli kat dia je coz dia pun beli banyak.

Beside that, aku pun ada gak buat kuih....coklat chip 2 versi...satu perasa biasa (yg tu dh nak abis...kes3x), lg satu versi perasa coklat...Semalam aku buat biskut peanut butter sama2 dengan reen. Banyaknye kuih aku tahun ni. Mesti mak aku terkejut coz tahun2 lepas aku cuma bawak balik bahan kuih je. Pastu, lps sahur kitorang adik- beradik akan buat kuih raya sesama, sementara mak aku buat baulu gulung dia. X tau ler tahun ni camne.Sbb dah byk dah ni. X campur lagi ngan kuih yg akak2 & akak ipar aku bwk. Dia selalunya bwk gak kuih. Klu dia x buat sendiri, dia beli. Karang2 buat byk2 sgt, x de sape nk makan.

Pasal duit raya, aku dah mintak tolong abg ipar aku tukarkan kt bank (mmg camtu tiap2 tahun). X kan aku nak g tukar sendiri. Buat malu je, dah la sikit.Tiap2 tahun, aku cuma bg anak buah aku je duit raya. Tp, tahun ni aku kena bg lebih sket coz ada anak buah aku yg tgh buat A-Level. X kan nk bagi dia sama je ngan budak umur 4 tahun. Mintak2 ler gaji aku masuk sblm raya ni...Klu x, kena korek kt tempat lain ler nampaknya. Kalau x bg, aku pulak yg rasa x sedap ati......

October 18, 2005

Hobi Baru

Sempena bulan posa ni, kitorang satu rumah dah ada hobi baru.....memasak..hehehehehe.
Yg mmg wajib, masak lauk laa untuk berbuka posa ngan sahur. Yg sunat tu, cuba resepi baru e.g buat puding... Hakikatnya..puding yg dah 2 kali aku buat tu x jadi..Malunye..padahal puding kastard je. Penat aku pikir, apalah yg silapnya ngan resepi aku tu..kurang air ke salah cara mengacaunye. Puas dah aku tanya akak ngan mak aku aku, 'X tau ler' pun dah tolong tanyakan mak dia yg kt kg. Dah nak give up dah, tp Mon ada bg perangsang kt aku. So, aku pun ambik langkah selamat dgn beli corn puding mix. Senang je, x payah risau psl sukatannye, cuma campur puding mix tu ngan susu je. Klu x jadi jugak aku x tau ler. Kena badi puding jagung kot.
Nasib baiklah, Dong ada beli oven. Terubatlah jugak kedukaan aku bila cookies aku jd.Hehehe.Ada org puji sedap pulak tu..Aww.Senang je buat cookies ni. Campur je tepung Biscuit Mix ngan buttercup & telur. Pastu, kacau2 smpi sebati. Bila dah ok, campur ngan chocolate chip. Buat ler apa bentuk yg berkenan & bakar. Bila, dah bau ala2 Famous Amos tu, tandanya dah nak masak ler tu..
'X tau ler' pun jeles gak tgk kitorang sibuk2 buat kuih ni..hihihihi. Mimpi apa ntah, mlm td dia buat biskut corn flakes.Nasib baik ler jadi n sedap. Tu yg dah kemaruk pulak nak buat kuih raya lagi ni..Setakat ni, Mon menyandang gelaran juara membuat kuih raya yg paling banyak. Ye ler, dia byk tempat nk distribute. Bwk balik sabah, bagi adik dia yg kat langkawi dan utk bf dia yg x blk kg .kuang3x. Klu aku, utk blk kg n rumah je ...coz Dong plan nk buat open house (ntah jd ke x).
Dlm pikiran aku ni, mcm2 lg ni nk masak. Nk masak ikan bakar resepi mak aku & ikan stim resepi akak aku. Resepi aku lak, biscuit hazel nut..hehehe..Aku nk reka resepi baru..Mintak2 ler sedap. Resepinya cam cookies tu gak, tp aku nak tukar sket bhn2nye..Lagi satu nk buat biscuit peanut butter. Mlm td aku tgk kopitiam, si Marie (Joana Bessey) buat biskut, x jd2.Kesian dia..

October 13, 2005

Untuk Renungan Kita Bersama

Kebanyakan manusia meninggal dunia antara usia 60 thn-70thn (majoriti) Puratanya manusia meninggal lebih kurang 65 th
Baligh: Start untuk seseorang di perhitungkan amal baik atau buruknya selama hidup di dunia
Laki-laki Baligh lebih kurang 15 tahun
Wanita Baligh lebih kurang 12 tahun

Usia Yang ada untuk kita beribadah kepada-Nya, puratanya:
Usia Mati tolak Usia Baligh = Baki Usia, :~ 65 - 15 = 50 tahun
50 tahun digunakan untuk apa?

Catatan:
50 tahun = 18250 hari = 458000 jam
12 jam siang hari
12 jam malam hari
24 jam satu hari satu malam

Gambaran kasarnya:
Mari kita muhasabah bersama


Waktu kita tidur lebih kurang 8 jam/hari ;
Dalam 50 tahun waktu yang habis dipakai tidur 18250 hari x 8 jam= 146000 jam= 16 tahun 7 bulan; dibulatkan jadi 17 tahun
Logiknya: Alangkah sayangnya waktu 17 tahun habis di gunakan untuk tidur, padahal kita akan tertidur dari dunia untuk selamanya

Waktu aktiviti kita di siang hari lebih kurang 12 jam
Dalam 50 tahun waktu yang habis dipakai untuk aktiviti:
18250 hari x 12 jam= 219000 jam = 25 tahun
Aktiviti disiang hari: Ada yang bekerja, atau bercinta, ada yang belajar atau mengajar, ada yang sekolah atau kuliah, ada yang makan sambil jalan-jalan, dan banyak lagi.

Waktu rehat lebih kurang 4 jam
Dalam 50 tahun waktu yang dipakai untuk rehat 18250 hari x 4 jam= 73000 jam = 8 tahun
Rehat: menonton tv, atau mungkin dihabiskan termenung di buai khayalan

17 tahun + 25 tahun + 8 tahun = 50 tahun

Lalu Bila Nak Beribadah???
Padahal Allah ada berfirman yang bermaksud; Tidak KUciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKU.


Maut datang menjemput tak pernah bersahut,
Malaikat datang menuntut untuk merenggut,
Manusia tak kuasa untuk berkata-kata,
Allah Maha Kuasa atas syurga dan Neraka,
Terimalah habuanmu seadanya..

Memang benar!!! Menuntut ilmu itu ibadah, kalau niatnya untuk ibadah, tetapi kebanyakannya belajar agar mudah mencari pekerjaan. Sekiranya belajar itu tidak membantu menambah pendapatan kita, kita tidak akan belajar…

Memang benar!!! Bekerja cari nafkah itu ibadah, tapi bekerja yang bagaimana? Ramai orang bekerja untuk hidup bermewah-mewahan dan amat kurang sedekahnya.

Jarang ada yang menolak untuk dipuji dan dipuja tatkala berjaya

Lalu Bila Nak Beribadah???
Oh! mungkin solat 5 waktu itu dianggap sudah mencukupi
Kerana kita fikir; solat wajib besar pahalanya, solat amalan pertama yang dihisab, solat jalan untuk membuka pintu syurga
Benarkah solat kita itu mencukupi dan diterima !!?
Berapa banyak solat kita dalam 50 tahun???
Lebih kurang : 1 solat = 10 minit 5x solat = 1 jam
Dalam waktu 50 tahun waktu yang terpakai utk solat = 18250 hari x I jam =18250 jam= 2 tahun

Kesimpulan: waktu yang kita manfaatkan dalam 50 tahun di dunia cuma 2 tahun untuk solat ( ini kalau yg solat 10minit! Kalau solat macam ayam patuk tanah..amacam? ) 2 tahun dari 50 tahun kesempatan kita itupun belum tentu solat kita bermakna berpahala dan di terima.

Dan sekiranya pahala solat kita selama 2 tahun tidak sebanding dengan perbuatan dosa-dosa kita selama 50 tahun; dalam percakapan kita yang selalu dusta, baik yang sengaja ataupun tidak, dalam pertuturan kita yang sering mengguris orangtua kita, dalam harta kekayaan kita yang selalu kedekut terhadap orang faqir, dalam setiap perbuatan kita yang selalu bergelumang dosa

Logiknya:
Bukan satu yang mustahil kita umat akhir zaman akan berhamburan di neraka untuk mendapatkan balasan kelalaian
Terlalu banyak masa yang terbuang percuma selama manusia hidup di dunia dan semuanya itu akan menjadi bencana

Penyelesaian:
Tiada kata terlambat walaupun waktu berlalu cepat, isilah ia dengan sesuatu yang bermanfaat!!!!!!!
Bersama2lah kita menghargai masa yg singkay ini.

October 06, 2005

Angan-angan

Bestnya kalau dapat jd org kaya. Macam-macam boleh buat. X payah pikir pasal nak jimat, hutang, budget, dan cara nak tambah saving. Apa2 pun boleh buat. Silap h/bulan boleh beli jet sendiri mcm diorang ni...

Image hosted by Photobucket.com

Kalau lagi kaya cam Sultan Brunei, dalam jet tu boleh guna saduran emas....

Image hosted by Photobucket.com
Image hosted by Photobucket.com


Pastu boleh melancong ke mana2 saja. Nak bershopping sakan pun boleh. Tp aku lebih suka rilekskan fikiran kat pulau2 yang menarik cam pulau ni...

Image hosted by Photobucket.com

Image hosted by Photobucket.com

Ntah apa-apalah aku ari ni. Berangan perkara yg x munasabah je...Kerja yg stabil pun x dapat lagi. Ni pasang impian yg mengarut2 pulak.

October 04, 2005

Selamat Datang Bulan Ramadhan Yang Penuh Berkat

Esok, semua umat islam akan start menunaikan ibadat puasa. X sabar rasanya nak menunaikan ibadat yang satu ni. Inilah peluangnya untuk aku mendekatkan diri kepada yang Esa. Bolehler mengambil kesempatan ini untuk menginsafi diri dan menambah amalan bagi mendapatkan pahala sunat. Bukannye selama ini aku mengabaikan suruhan-Nya tapi sbg insan biasa, aku mengaku jugak yg kekadang ni terleka sket. Buat amalan yg wajib je.

Sempena bulan posa yg akan menjelma esok, bersama2lah kita menghayati tazkirah ini:

Puasa membuka jalan

Puasa adalah medan memperkukuhkan tekad dan azam yang padu, juga medan manusia berhubung dengan Tuhannya yang berteraskan kepatuhan dan ketundukan. Ia juga medan jati diri dalam menghadapi tuntutan jasadi, mengawal desakannya serta mengutamakan keredhaan dan janji Allah [Fi Zilal al-Quran].

Sekadar mana kemahuan iradat meningkat sekadar itulah kekuasaan adat kebiasaan meluntur [Islamuna].

Puasa ialah rawatan mujarab kepada kebiasaan. Ia adalah latihan untuk meloloskan diri daripada cengkamannya atau meringankan bebanannya. Ia juga mengingatkan manusia rutin-rutin ini bukanlah urusan yang tidak mampu dielakkan, bahkan diri sendiri dan suasana hidup yang memperkasakannya. Dia mampu meninggalkannya (jika bertekad sepenuh hati) tanpa mengalami apa-apa kesakitan atau mudharat [Taujihat al-Islam].


Bagaimana puasa membantu

1. Menguatkan kemahuan iradat.
Sebagaimana yang disebut, “Sekadar mana kemahuan iradat meningkat sekadar itulah

kekuasaan adat kebiasaan meluntur”.

2. Tempoh perubahan yang lama.
Berpaksikan kepatuhan kepada hukum syara’ dan keinginan untuk taat, orang yang berpuasa

akan meninggalkan rutin kebiasaannya selama 29 - 30 hari. Ia adalah tempoh yang
mencukupi untuk berubah jika disertakan dengan niat yang jujur.

3. Perubahan yang menyeluruh.
Semasa berpuasa, seseorang mengubah waktu tidur, jaga, makan minum, cara penggunaan

waktu, susunan prioriti kerja bahkan perasaan dan tingkah lakunya. Oleh itu, keupayaan
untuk berubah akan lebih besar dan kuat.

4. Penglibatan ramai.
Puasa Ramadhan membentuk satu perubahan yang meliputi semua individu masyarakat

muslim. Setiap muslim terlibat dalam perubahan zahir dan batin ini. Ini membantu
perubahan. Sesiapa yang inginkan perubahan sikap tidak akan keseorangan bahkan seluruh
masyarakat mendokongnya.


Penutup
Intipati puasa ialah mengawal diri daripada syahwat dan meninggalkan rutin [Zad al-Ma-‘ad].
Apabila tiada kejayaan dalam mengubah (diri) padahal terdapat peluang yang banyak, pahala yang melimpah ruah dan tempoh yang panjang, saya jangkakan anda tidak akan berubah, bahkan anda sememangnya tidak mahu berubah. Jika anda tidak mengubah kebiasaan yang buruk di dalam Ramadhan, anda adalah orang yang tersekat dari rahmat Allah dan menyalahi hikmahNya. Allah menjadikan puasa untuk para hamba, supaya mereka mengubah perangai-perangai mereka. Tetapi mereka hanya mengubah waktu makan mereka sahaja [Ibadat fil Islam].