November 19, 2007

Update sket

Dah lama aku x update blog aku..

Cite raya cam biasa2 je cam thn2 lps.
Bezanya thn ni aku bwk kereta sendiri...huhuhu..
Ada 3 kali gak le insiden aku hampir2 eksiden...

Lagi satu cite hot....Saliah kawin pada bln syawal ari tu...
Pandai betul dia simpan rahsia...
Alih2 nk apply cuti kawin..
Semua org terkejut beruk...

Skrg ni, aku duk tolong bos aku arrange training kt Hotel The Zon...(hotel Dato' K)
Gossip kejap..menurut staf kt hotel ni, Dato' K dh tarik diri...hihihi..

Bosan le aku kena duk kt sini...Lama seh dekat sebulan...
Bilik dh ler besar gabak...Duk sesorang...Sib baik ada trainer yg dtg tumpang tido kt bilik aku..

September 25, 2007

Puasa

Selamat Menyambut Ramadhan...

Ramadhan sudah smpi hari ke-13..
Sungguh cepat masa berlalu...
Alhamdulillah...setakat ni, aku tak pernah miss lg solat terawih kt surau.
Cuma satu je masalah aku..
Lps sahur je, mesti mata aku berat..jd ngantuk..
Dah le klu tgh hari je aku mesti ngantuk..
Klu boleh aku nk kurangkan aktiviti tido2 ni..


Lagi satu, aku lum lg buat kuih raya.
Tahun ni cam tak smpt nk buat kuih raya kt kg.
So, kenalah buat gak kt sini.
Ada tak de kena la buat masa weekend ni n next week
Tu je masa yg tinggal..

Ita dh selamat g UK ari sabtu lps....
Sedih gak masa dia pesan yg kitorang jgn lost contact..

August 27, 2007

My Best Friend's Wedding

Bln 8 ni, adalah bulan 2 org kawan baik aku melangsungkan perkahwinan....
Aku tumpang gembira dengan perkahwinan diorang...

Tanggal 11hb, ita atau dikenali dengan nama dong di alam cyber telah selamat menjadi seorang isteri...
Tak sangka betul ngan perkahwinannya coz tempoh dia bercinta mmg singkat. Mereka bertemu jodoh semasa program sukarela membantu mangsa banjir di Batu Pahat awal th ni. Tp, klu dh jodoh mmg tak kira tu semua. Kendurinya diadakan di Klang. Aku pi dgn Timah, Zai & Imas.



25 hb, timah punye wedding lak...Kendurinya diadakan di Taiping...Aku pi ngan Zai, Kak Yus & Reen.
Kisah percintaan diorang mmg lama giler...Husband dia dh mmg suka kt Timah sejak kitorang praktikal (thn 2001). Tp, masa tu Timah tak layan sgt..Adala beberapa thn diorang lost contact. Masa birthday timah thn lps, husband dia terdetik hati nk wish timah. So, bermula la diorang start kembali hubungan ini.






Semoga perkahwinan mereka kekal hingga ke akhir ayat.

February 27, 2007

My housemate..

Tak lama lagi rumah aku akan meriah ngan penghuni2nya..
Dah genap setahun aku duk rumah tu.
Memula aku duk sesorang je kt rumah.
Sebulan lps tu, Niza pulak masuk..Ada ler teman gak..
Pastu, pekerja akak aku lak duk rumah tu.

Ada ler 3 org. Tp pekerja akak aku tu x leh nk msk ngan aku.
Ye ler..minah indon...huhuhu..Sib baik dia berenti keje lps raya.
So, aku kembali duk berdua je ngan Niza.

Bln lps, Timah pindah msk rumah aku. Dia duk kt bilik yg kosong tu.
Sejak dia masuk rumah tu, ada ler geng aku nk masak2 kt rumah.

Weekend ni pulak, ada sorang lg nk msk rumah tu.
So, genapla 4 org nanti. Niza akan pindah msk bilik aku.
Lgpun brg dia sket bebeno.Cuma almari plastik je.
Kena la bg bilik kt org yg byk brg.

February 07, 2007

Myvi hitamku...

Akhirnya..merasa gak aku pakai kereta sendiri..
Actually aku ambik kereta tu ari isnin last week..(29/1)
Tp, akak aku x bg drive g keje dulu sbb x biasa lg..
So, dia ler yg merasmikannya dan bwk ke hulu ke hilir selama 3 hari.

Masa cuti wilayah tu, aku drive ler jugak g sg. chua & alamanda..
Tp, ari jumaat, aku still tumpang org pi keje..huhuhu..

Weekend tu, drive le jugak..
Pi Sg. Chua, Putrajaya, USJ and round2 Bangi..
So, aku pun drive le pi keje ari isnin lps..
Dah le sesorang..Pepagi buta aku keluar rumah sbb nk elakkan traffic jam..

Bila En. Amin tau aku drive kereta baru, terus dia ajak pi minum kt luar..
Aku bg ler dia test drive..Memula nk pi cyberjaya, pastu nk pi bangi..
Alih2 sampai ke usj, ambik bos aku pi minum..

Proses aku beli myvi ni cepat je..
Aku booking 17/1..
Kebetulan ada stok 2006, so dpt ler diskaun 2k.
Ready stok pulak cuma ada color hitam..
So, aku book je la yg edisi premium..

Start mlm tu & esok pagi jenuh lak aku jawab tepon dr org bank..
Macam kena soal ngan detektif lak..

Alhamdulillah ari jumaat, loan aku lulus..
Plat kete daftar kt jpj & aku upah runner..
Ambik plat putrajaya lg..huhuhu

22 hb, aku bayar downpayment..
So, dapatler keta tu 29 hb..

Semua org yg test drive keta aku bg respon yg positif..
Satu je yg aku malas..Klu keta aku kotor cepat sgt nampak..
huhuhu...

February 02, 2007

MSD Retreat


Last week, kitorang ada retreat kt Glory Beach & Resort, Port Dickson. So, semua staff dapat berkumpul sesama selama 3 hari. Syok gak berkumpul sesekali ni..Rasanya last kitorang berkumpul masa jamuan raya ari tu..

Semua staff kena naik bas dr usj. Aku ngan Saliah, En.Amin hantar dr Guoman Hotel sbb malam sebelum tu kitorang diarah menginap kt situ sempena SPS KTAK. Sampai2 je, kitorang terus lunch & check in apartment msg2..

Aktiviti pertama adalah sesi team building dari ptg smpi mlm. Dr. Isaac yg conduct sesi tu. Dari sesi tu, kitorang dpt memupuk sikap kerjasama antara kumpulan. Pagi esoknya, ada sesi pengenalan kpd struktur organisasi MSD & sesi staff & management di mana semua staff boleh bangkitkan apa2 isu kpd managemnet.

Pastu, kitorang ada sesi penggambaran...


Ptg tu, bertambah lak pening kepala kitorang sbb meeting kick off utk usp 5. Sambung sampai mlm utk presentation bg setiap unit mintak apa2 keperluan utk pelaksanaan projek.

Esoknya, sesi moving forward msd oleh bos2...Lps lunch ari ahad tu, msg2 kemas brg & bersiap sedia utk balik ke usj dgn menaiki bas.

Sekian laporan retreat msd...

January 08, 2007

Sambutan Raya Haji Tahun Ni...

Sempena cuti Raya Haji & Tahun Baru yg lepas, aku pun balik kg ngan anak2 buah aku (dua org) dgn menaiki keretapi. Beria-ia dua org tu nk ikut sbb nk merasa naik keretapi. Kitorang kena turun kt Gemas sbb abg ipar aku tak leh lalu ke Segamat (jalan banjir). On d way dr Gemas ke Jemetah, penatlah abg ipar aku jd cam pemandu pelancong sbb nk terangkan kawasan yg dilanda banjir last week.

Ari Jumaat tu, kitorang tido kt rumah Kak Long aku. So, pagi Sabtu br balik rumah parents aku kt Sri Ledang. Rupa2nya, kt kg aku x de bekalan air sejak banjir seminggu lps. So, kitorang dpt bekalan lain guna air dr sungai ngan lori yg dtg je.X syok betul.

Pagi tu, sempat gak la aku tolong anyam ketupat.Kak Ngah aku smpi dlm kul 3 ptg.Kitorang cam dh nk cancel plan nk kacau dodol. Planningnya dah lama dah. Sejak raya lg sbb nk bg experience kt anak buah aku mengacau dodol ni.

Abg aku smpi dlm kul 5 ptg. Sibuk gak la ptg tu.Dgn angkut air yg ditadah dr lori, rebus ketupat & kacau dodol. Masa banjir dulu, abah aku ada beli ikan sungai spt ikan baung & patin. So, sibuk ler akak2 aku menyiang & masak ikan sungai tu. Aku tukang masak nasi je..huhuhu.

Syok gak la, mengacau dodol ni. Gilir2 ngan anak buah, abg , abg ipar & abh aku. Yg pompuan, cuma kacau sket2 je..Bg merasa..Dlm kul 9, baru ler masak dodol tu. Mak aku tukang masuk2an dlm bekas utk di bawak balik oleh anak msg2.

Pagi2 Raya Haji tu, kitorang masak2 utk juadah raya.Aku tolong goreng ayam goreng berempah je.Lps solat raya, diorang pegi kebun untuk sembelih lembu. Aku pi lambat sket. Tu pun masa dah nak siap sembelih. Oleh sbb x de air, kitorang bersihkan perut & organ dalaman kt sungai. Penat gak la mencangkung kt tepi sungai ...huhuhu..

Hari raya korban tahun ni mmg meriah.Yg spoilnye cuma x de air. So, rasa macam penat sesangat. Ptg tu, adik beradik aku beredar ke rumah mertua msg2. Mlm tu, aku x sambut New Year pun. Dah tertido awal2 lg.

Tahun baru tu, aku bosan yg amat sgt. Lps basuh baju & kemas2 rumah, dah tau nk wat pe. Breakfast pun mak aku yg sediakan.Nk masak utk lunch pun mak aku yg buat.Mmg jd anak manja betulla…Tp, aku kena makan sesorang..uhuk..uhuk…Parent aku ada kenduri kawin..Diorang makan kt sana.

Sib baik ptg tu kak ngah aku dtg sblm blk bangi malamnye..Diorang singgah pun sbb anak buah aku nk cari walletnya yg tertinggal.So, kurangler sket tahap kebosanan aku.
Pagi2 Selasa, aku dh pi rumah Kak Long kt Jementah sbb aku tumpang dia balik Bangi. Kitorang hantar anak dia balik hostel dulu kt Alam Shah, Putrajaya sblm singgah rumah Kak Ngah aku…

Sekian dimaklumkan jadual aku sepanjang bercuti di kg..kuang3…