October 28, 2008

Journey to Ali's Wedding

Ahad lepas aku g kenduri Ali kt Batu Pahat..Beria-ia tul Nora ajak g kenduri tu smpi pujuk2 aku ngan Nili..Demi tidak menghampakan ajakkannya, kitorg pun pegi ler ke Batu Pahat dengan menaiki sang Kelisa Nora..

Perjalanan yg sepatutnya dimulakan pada pukul 11.00 pagi terpaksa ditunda ke pukul 11.30 pagi kerana menunggu Nora yang mengatakan perjalanan dari rumahnya ke rumah aku hanyalah mengambil masa 10 minit..Itu yg dibgtau kpd Nili..huhuhu..padahal aku rasa ambik ms 1/2 jam dr presint 9, putrajaya ke sek.15, bangi.

Perjalanan dimulakan dengan lancar pada awalnya...sehinggalah melepasi Pekan Parit Jawa di mana kami merasakan jalan tersebut begitu pelik kerana suasana yang sunyi disekitarnya..Maka, Nora pun membuat pusingan u-turn buat kali pertama dan kami mencari mangsa untuk ditanya..Tetapi kami berasa was-was untuk bertanya memandangkan orang yang ditemui kelihatan mencurigakan..dan Nora pun membuat u-turn buat kali kedua sehingga kami menemui pakcik di tepi ladang pisangnya..Rupa2nya kami terlepas simpang utk ke Batu Pahat...

Maka, Nora sekali lagi membuat u-turn buat kali ketiga...Sepanjang perjalanan tersebut, kami juga berhubung dengan Ana yg telah sampai ke majlis tersebut dan mendapati telah terlepas simpang ke Kg Ali..Oleh itu, Nora pun buat u-turn buat kali keempat. Setelah memasuki Simpang ke Sungai Sarang Buaya, sekali lg kami berasa was-was kerana jalan tersebut pun kelihatan sunyi dengan tanah merah melatari jalan tersebut..Dan setelah u-turn buat kali kelima, kami melalui jalan lain seperti yang ditunjuk oleh Ana melalui telefon melalui Kg. Parit Yusuf..Tetapi kami turut berasa was2 dengan jalan tersebut dan mengambil langkah u-turn buat kali keenam, setelah membuat panggilan kepada Mior yang menjelaskan bahawa jalan sebelum ini adalah benar sama sekali..Oleh itu, kami melalui sekali lagi jalan yang bertanah merah itu melalui Kg Sungai Sarang Buaya..Jalan tersebut mmg sunyi sekali dan kami berasa ragu2 semasa melaluinya...

Akhirnya, setelah 6 kali u-turn, kami smpi juga ke kenduri ali..Smpi2 je pengantin baru nk berarak..Sempat gak ler ambik gambar..

Masa pengantin tgh bersanding kt pelamin, kitorang pun menjamu selera..Ada org sendukkan nasi dengan ler pulak..Kitorg dgn tanpa segam silunya telah menambah nasi, lauk n air mengenangkan perut yg lapar setelah melalui perjalanan yang berliku..ewah..Setelah bergambar2 dan bersalaman ngan pengantin kitorg pulang dgn hati yg gembira...Nili pulak yg drive menggantikan Nora yg kepenatan..Selamat le aku sbb keta Nora manual..

Tapi ada cite lain le pulak ms kt highway Senawang tak silap aku..Ada keta myvi merah ni..WQQ2533..yg gatal nk usha2 kitorg..Asik ikut kitorg je..Klu diorg kt sebelah, siap nk ambik gambar lagi...Aku rasa diorg tu budak2 ler..dh ler keta tertampal 'P" lg..tak matured betul..


Siap ajak minum kt R&R Nilai..Tak kuasa kitorg nk layan..Alih2 diorg kuar blk nk kejar kitorg..Ms nk nk smpi susur kuar Bangi, kitorg bg diorg kt depan n bwk slow2..Bile diorg lps susur kuar bangi, br ler kitorg msk susur kuar Bangi..Klu tak naye je, diorg nk ikut kitorg..Ntah apa2 ler diorg ni siap buat flying kiss lg..Ish2...nk termuntah aku..

Ali oh Ali..Perjalanan nk g kenduri ko ni mmg lain dr yg lain la..However, Selamat pengantin baru n semogo berkekalan hingga ke akhir hayat..amin..

October 09, 2008

Salam Aidilfitri.......

Salam aidilfitri buat semua....

Baru ler sempat aku nk update blog aku ni sempena cerita raya...
Lps balik bercuti raya..bertimbun2 keje kena settlekan..
Nk roll out 2 projek baru dlm ms 80 ari..giler kan..
Terkejut2 aku ngan sal buat keje naik cuti raya tu..
Ni ada ms sket boleh ler aku cite psl raye aku..

Raya tahun ni aku rasa tak berapa meriah..
Sbbnya...aku asik duk rumah je..layan tetamu datang..
Keluar beraya pun ms raya ketiga..
Tak smpt nk pakai semua baju raya aku..huhuhu..

Tahun ni..mlm n pagi raya..semua org berkumpul kt kg..
So meriah ler masa tu..sbb semua chef ada kt rumah utk prepare juadah raya..
Sape lg klu bukan Kak Ngah n akak ipar aku..
Lps solat raya n sesi bersalam2an..
Masing2 buat hal sendiri..
Kak Long aku g rumah mertua..
Kak Ngah n abang aku ikut parents blk kg belah mak aku..

Aku jd penunggu rumah spt thn2 sebelumnya sbb aku akan join kak long g kg mak aku ms raya kedua...
Tetapi..masa raya kedua tu aku tak dpt beraya sbb Kak Long aku ada tetamu kt rumah dia..
So...utk raya pertama n kedua aku duk rumah je layan tetamu..

Raya ketiga baru ler kitorg beraya bersama2 g rumah adik beradik mak aku kt
Bandar Tenggara & Kota Tinggi..
Balik tu, kitorg lalu JB sbb nk singgah Danga Bay..
Namanya org Johor, tp tak smpi sana pun lg..

Raya keempat...sepupu abah aku lak dtg beraya..
So..sekali lagi aku bertungkus lumus kt dapur..utk menjamu diorg..

Pagi2 lg raya kelima..aku dh kena bertolak blk ke Bangi utk mengelakkan jem..
Sbb tu ler aku kata thn ni tak meriah...