November 10, 2009

Update Progress.....

Alhamdulillah, keadaanku sudah beransur pulih..

Hari pertama masuk opis, semua rakan sepejabat memberi sokongan padu dgn bertanya kabar dan mengambil berat mengenai diriku terutamanya my lovely bos..hihihi..
Pagi2 lg aku ngadap n dia begitu mengambil berat mengenai diriku..
Rakan2 sepejabat pun begitu juga..ada yg bertanya pengalamanku sepanjang 2 minggu lps.

Penat bersoal jawab dgn mereka pada waktu rehat dan baruku terpikir yg jin yg selama ini mengikutku adalah dari jantina lelaki memandangkan selama 6 kali diganggu mesti ia berkaitan dgn lelaki yg muncul dlm hidupku..begitu juga dgn simpton2 yg kualami spt shopping brg2 perempuan yg selama ini tak pernah aku terpikir nk beli iaitu minyak wangi mahal (aku lebih suka menghabiskan duit utk menguruskan badan & mencantikkan rupa paras berbanding wangi2 ni, baju tidur seksi (aku lebih selesa pakai tshirt klu tido) dan mcm2 lg la..Mmg byk duit aku terbazir ms diganggu ni..Kira2 lebih 1k...huargh...sayang seh...

Ptg tu, ada sesi domestic enquiry memandangkan aku telah membuat kesalahan besar yg menyebabkan kena gantung kerja..Alhamdulillah, dpt panel yg memahami masalahku..Dua2 org yg dh lama kenal aku...umpama ayah yg mengambil berat mengenai masalah anaknya & juga bos (department) yg mmg dh tau perangai aku klu ada masalah..So, aku telah mengutarakan hujah2 yg bernas bg mempertahankan diriku..Mereka meminta aku mendapatkan report perubatan semasa aku mendapatkan rawatan di HUKM.

Oleh itu, keesokkan harinya aku ke HUKM dgn ditemani abangku..Nasib tak baik sbb rekodku telah lama sgt (melebihi 5 tahun) n ia telah disimpan di arkib negara. Aku perlu membuka fail pesakit baru dgn merujuk terlebih dahulu di klinik swasta. Aku bersyukur yg teramat sgt kerana pihak HR tidak begitu cerewet dlm prosedur ini.

Management company ini amat mengambil berat mengenai masalah aku.Lantas,kerja2 aku sebelum ini telah diambil alih oleh rakan setugas yg lain..Aku ditugaskan di unit HR agar senang bg mereka memantau keadaan kesihatanku.

Kebetulan aku ditugaskan ke Kuching, Sarawak weekend lps..Dgn suasana yg bersih n tenang di sana dan ditemani Nurul (rakan sekerja yg begitu serasi dgnku sejak pertama kali bertemu), segala permasalahanku telah terungkai dan persoalan yg selama ini melingkari hati & perasaanku telah terjawab. Aku lega dan amat tenang sekembali dari Kuching...Nurul juga dapat melihat sendiri bagaimana aku mengeluarkan jin2 tersebut melalui mulut sambil kepalaku menggigil semasa dlm flight pulang (dr Kuching).

Buat rakan2 dan pengunjung blg, terima kasih atas sokongan anda semua..Utk makluman korg, Kak Ngah telah bertanyakan ustaz yg merawatku baru2 ni. Penyakitku ini sebenarnya anugerah dr Allah supaya aku sentiasa dekat dgnNya dan tidak lalai dlm menunaikan tanggungjawabNya serta menyuruh aku sentiasa berbuat baik. Aku juga perlu mendapatkan rawatan susulan di Darus Syifa' walaupun sudah sihat spt sedia kala.


Note :
1. Masih lagi ada angin yg keluar dari mulutku melalui sendawa dgn suara yg garau..
2. Semasa sujud terakhir, kepalaku juga menggigil dan ia akan keluar melalui mulut.

October 27, 2009

Gangguan Jin dan Makhlus Halus....

Mesti korg tak percaya ngan tajuk entry kali ni..Tp itu lah yg berlaku ke atas diriku kebelakangan ini yg menyebabkan aku digantung kerja selama 2 minggu kerana membawa 3 org peserta dibawah seliaanku ponteng kelas dan membawa mereka ke Bangi & Putrajaya di samping menggunakan petty cash utk belanja mereka..
Actually, gangguan jin ini telah lama berada dalam tubuhku kira-kira 17 tahun lamanya..sejak tahun 1992 lagi semasa aku belajar di SMK Agama Segamat (form 1).

Ia bermula pada satu malam, di mana aku tak dpt tidur walau sepicing pun..Lalu, aku pergi ke tandas pada pukul 4 pagi utk mandi dan mendapati seekor kucing asyik memandangku..Ia menggangguku dan menyebabkan aku meracau2 semasa di kelas dan asrama..Lantas ibu bapaku dipanggil utk membawaku pulang ke kampung untuk berubat..Semasa diganggu aku sedar dgn apa yang aku lakukan, namun perlakuanku tidak dapat dikawal spt mengecat mukaku sendiri dan menyanyi bagai org gila..
Gangguan ini berulang lagi semasa aku berada di form 2 & 4. Syukur kepada Tuhan aku tidak mengalaminya semasa tahun peperiksaan besar iaitu semasa PMR & SPM. Semasa mengalaminya, aku diberi cuti panjang bagi mengatasi masalah ini..Byk la tempat kami pergi utk berubat spt Kg Durian Chondong, Melaka & Darus Syifa'.

Alhamdulillah, aku dpt meneruskan pengajian di UKM..Namun, di tahun pertama pengajian aku diganggu semula semasa berjogging di balapan yang baru dibina..Kelam kabut Kak Ngah mencari dan menjagaku..Abang aku yg berada di Klang turut mengambilku utk merawat gangguan ini. Kami pergi ke Meru, Cakera Alam & Darus Syifa' lagi..Pada semester pertama pengajian tsbt, kehadiranku ke kuliah amat teruk yg menyebabkan aku gagal dalam exam..hanya mencapai CGPA 1.19 sahaja. Aku terpaksa menambah semester pengajian untuk mendapatkan segulung ijazah..

Setelah puas menganggur, rezekiku dapat bekerja di KLIA Consultancy Services Sdn Bhd di Seri Kembangan..Namun, aku diganggu lagi semasa tidur di surau. Mujur majikanku memahami keadaanku kerana isterinya juga mengalami gangguan yg sama, lantas meminta Kak Ngah membawaku pulang utk dirawat. Abgku turut membawa aku menjalani rawatan Psikologi di HUKM, kebetulan dia mempunyai projek di sana (as civil engineer) pada masa itu. Namun, ubat yg dibekalkan hanya menyebabkan aku makan dan tidur sepanjang hari. Rawatan di Darus Syifa' sahaja yg aku rasakan mujarab.

Bulan 7 tahun lps, sekali lagi aku mengalami santau angin selepas menghadiri majlis perkahwinan opismate di Kuala Pilah..Pun kami pergi mendapatkan rawatan di Darus Syifa'.


Menjadikan keadaanku bertambah teruk adalah semasa cuti raya lps..Dh ler ms tu aku tgh period aliran tenat..Aku bersama anak Kak Long & Fahmy pergi bersiar2 ke Segamat..Aku teringin melihat sekolah lamaku, iaitu SMK Agama Segamat di Segamat Baru..Maka, rakan jin2 yg mmg berada di sana mengikutiku memandangkan dlm tubuhku mmg terdapat rakan2 mereka. Selepas cuti raya, aku dihujani dgn byk bebanan tugasan di samping mempunyai masalah di tempat kerja. Tension dgn tugasan yg membebankan ditambah lagi dgn masalah rakan sekerja menyebabkan aku sesat semasa membawa peserta ke ibu pejabat dr Holiday Villa utk menjalani latihan..Semasa mengalami gangguan ini, aku sedar namun tak dapat mengawal perbuatkanku..Jin2 tersebut mendorong aku membuat perkara2 jahat seperti membuat fitnah, makan byk, tidur, & menghabiskan duit dgn bershopping..

Semasa jin2 tersebut keluar dari tubuhku, aku meraung dan mengeluarkan suara yg kasar dan mukaku aku berubah menjadi seperti serigala..Ia keluar melalui mulut dan kepalaku aku akan menggigil2..Byk dah alternatif yg aku buat utk membuang jin2 ni dr tubuhku spt menjalani rawatan di Darus Syifa', mengikuti bacaan Asma Ul-Husna di rumah Datin Zainab yg kukenali semasa mengerjakan umrah, dan rawatan dengan bekas majikan abg iparku.

Menurut ustaz yg merawatku, jin2 tersebut tidak mengikutku semasa mengerjakan umrah kerana takut. Namun, Dato' Karim (suami Datin Zainab) mengatakan yg aku ni sgt garang spt serigala semasa mengerjakan umrah dulu.

Alhamdulillah, pagi td aku dapat berjumpa dgn Dato' Dr. Harun Din. Jadual rawatannya mmg telah ditetapkan pada hari Selasa pagi. Baru sahaja mendekati beliau, tubuhku telah menggigil2..Jin2 yg berada dalam tubuhku ketakutan dgn beliau..Aku berasa lega yg teramat sgt slps mendapat rawatannya..Slps ni, aku perlu menjalani rawatan susulan spt mandi slps Asar dan sblm Maghrib, amalkan pendinding diri sblm tidur & slps bangun tidur, dan rajin ke Darus Syifa' sbg rawatan ulangan. Pada waktu terdekat ini, aku juga perlu selalu mengikuti Bacaan Asma Ul Husna di rumah Datin Zainab. Insyaallah, aku akan dapat menjalani kehidupan normal spt org lain. Semua ini adalah dugaan Allah agar aku sentiasa dekat dan tidak lalai mengerjakan suruhanNya. Semoga Allah memudahkan segalaNya..Amin...........

October 20, 2009

Isu Kartika: Abim buat 11 laporan polis terhadap SIS (Msiakini)

Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) Selangor hari ini membuat sebelas laporan polis terhadap NGO hak wanita, Sisters in Islam (SIS), yang didakwanya menghasut dan melakukan provokasi berhubung kontroversi hukuman sebat terhadap Kartika Sari Dewi Shukarno.

Yang dipertuanya, Mohd Zawawi Ahmad Mughni berkata, lapan aduan dibuat melalui cawangan pertubuhan itu di seluruh Selangor pagi tadi.


Manakala tiga lagi dibuat petang ini di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam," katanya.

"Esok kita jangka 20 laporan lagi akan menyusul," katanya kepada Malaysiakini di depan IPD tersebut.

Mohd Zawawi yang membuat aduan polis itu bagi pihak Abim Selangor berkata, pihaknya meminta polis menyiasat SIS dan NGO lain yang bergabung dalam Kumpulan Bertindak Menentang Keganasan Terhadap Wanita (JAG) - kerana didakwanya, mendesak kerajaan memansuhkan undang-undang Syariah.

"Tuntutan itu adalah bersifat hasutan dan menjejaskan kedaulatan Raja-raja Melayu sebagai ketua agama Islam, serta menghina martabat kedudukan mahkamah Syariah. Mereka yang terlibat perlu disiasat dan didakwa," katanya dalam aduan polis tersebut.

Dalam aduannya, Mohd Zawawi turut meminta pihak polis menyiasat kenyataan pengarah eksekutif Pertubuhan Bantuan Wanita (WAO), Ivy Josiah yang mendesak kerajaan negeri dan persekutuan menjalankan semakan menyeluruh terhadap undang-undang jenayah, seperti dilaporkan sebuah akhbar berbahasa Inggeris pada 1 Oktober lalu.

Mohd Zawani turut menuntut NGO Islam lain supaya mengambil inisiatif yang sama dengan menyatakan pandangan mereka supaya "masyarakat tidak terkeliru atas perbalahan pendapat".

"Kami juga memohon Jabatan Mufti Selangor atau badan-badan rasmi yang berkaitan, supaya memberi pandangan dan panduan kepada masyarakat umum agar masyarakat tidak teraba-raba mencari jawapan yang sebenar," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Rumah Darul Wadah - sebuah agensi di bawah Abim Selangor - Hazlina Abdul Razak dan Setiausaha Agung Persatuan Pelajar Islam Selangor (Pepias) Zafarullah Ariff turut hadir dan membuat laporan yang sama di IPD tersebut.

Dalam aduannya, Hazlina turut mendakwa tindakan pertubuhan-pertubuhan wanita tersebut menimbulkan kegelisahan di kalangan orang awam, khususnya penganut agama Islam.

"JANGAN BIADAB! HORMATI KEPUTUSAN MAHKAMAH TINGGI SYARIAH KUANTAN"

KENYATAAN MEDIA
2 OKTOBER 2009
BADAN BUKAN KERAJAAN (NGO) ISLAM
NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR

"JANGAN BIADAB! HORMATI KEPUTUSAN MAHKAMAH TINGGI SYARIAH KUANTAN"


PERNYATAAN PENDIRIAN

Kami NGO Islam di Negeri Pahang membantah sekeras-kerasnya kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Joint Action Group for Gender Equality (JAG) dan Sisters In Islam (SIS) yang meminta untuk membatalkan hukuman sebatan syarie terhadap Puan Kartika Dewi binti Shukarno. Kami juga menyokong sepenuhnya hukuman yang telah dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan di Negeri Pahang. Kami menyokong sepenuhnya sikap dan pendirian Puan Kartika Dewi binti Shukarno dan keluarganya berhubung dengan kerelaannya menerima hukuman yang bakal dilaksanakan.

PREMIS

* Kesalahan meminum arak yang telah disabitkan terhadap Puan Kartika Dewi binti Shukarno dan hukuman yang telah dijatuhkan ke atasnya ialah denda RM 5,000.00 dan 6 sebatan syariah.

* Hukuman tersebut adalah berdasarkan kepada Enakmen Undang-Undang Jenayah Syariah Negeri Pahang 2002 yang telah diperkenankan oleh KDYMM Sultan Pahang dan terpakai ke atas setiap orang Islam di Negeri Pahang.

* Wujud pihak tertentu dengan sengaja cuba untuk menimbulkan kesangsian terhadap keadilan Mahkamah Syariah yang berfungsi dalam menguatkuasakan Perundangan Syariah di Negeri Pahang.

* Wujud dakwaan kononnya perlaksanaan hukuman syariah terutamanya sebatan terhadap wanita boleh menjejaskan imej negara dan menghalang kemasukan pelaburan asing ke dalam negara.

* Wujud usaha yang berterusan untuk memburukkan imej perundangan syariah di Malaysia dengan menggunakan takrifan kebebasan individu di dalam Perlembagaan Persekutuan secara sewenang-wenangnya sehingga menimbulkan kegelisahan di kalangan masyarakat.

* Timbul pemikiran yang menyeleweng bagi tujuan menimbulkan kekeliruan di kalangan umat Islam terhadap perundangan syariah dan penyelewengan tersebut sedang diusahakan untuk disebarkan ke dalam masyarakat.



Maka dengan ini kami:

1. Menuntut Kumpulan Tindakan Bersama Untuk Persamaan Jantina (JAG) dan Sisters in Islam (SIS) menarik balik kenyataan yang mengatakan hukuman sebaran syarie adalah kejam.

2. Menuntut JAG dan SIS meminta maaf secara terbuka kepada semua Umat Islam kerana menghina hukum Islam dan Mahkamah Syariah yang menjalankan perlaksanaan perundangan Syariah.

3. Enakmen Undang-Undang Jenayah Syariah Negeri Pahang 2002 adalah di bawah kuasa Mahkamah Syariah yang telah diperkenankan oleh KDYMM Sultan Pahang. Menghina Undang-Undang Syariah adalah bererti menghina KDYMM Sultan Pahang sendiri.

4. Menuntut agar penganut agama lain tidak mencampuri dan mempertikaikan urusan agama Islam.

5. Mendesak agar kerajaan bertindak tegas terhadap pihak yang mencabar kedudukan Islam dan perundangan Syariah yang telah dijamin kedudukannya di dalam perlembagaan negara.

6. Meminta semua pihak menghormati segala keputusan yang telah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Syariah dan berhenti dari membuat kenyataan yang provokatif berkaitan dengan kes Kartika Dewi binti Shukarno.

7. Meyanjung tinggi kerelaan dan persetujuan Kartika Dewi binti Shukarno untuk menerima hukuman tersebut di atas kesedarannya dan keinsafannya, yang mana ini boleh mengangkat maruah dan martabat beliau sendiri di sisi Islam.



Maka dengan ini kami NGO Islam di Negeri Pahang menyokong sepenuhnya keputusan yang telah dibuat oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan dan perlaksanaan hukumannya sebagaimana yang diperuntukkan oleh undang-undang.

Oleh :
1. Angkatan Belia Islam Malaysia Negeri Pahang – ABIM
2. Peguam-Peguam Syarie Negeri Pahang
3. Jemaah Islah Malaysia Negeri Pahang – JIM
4. Himpunan Lepasan Institusi Pengajian Tinggi Malaysia (Haluan) Pahang
5. Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Negeri Pahang
6. Malaysian Chinese Muslim Association (MACMA) Negeri Pahang
7. PEKIDA Negeri Pahang
8. Badan Nadwah Islamiah Pahang – NADWAH
9. Wadah Pencerdasan Ummah Negeri Pahang – WADAH
10. Ikatan Pengajian Islam Pahang
11. Majlis Kebajikan India Muslim Pahang – MKIMP
12. Persatuan Melayu Kuantan
13. Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia Negeri Pahang – PERKIM
14. Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia Negeri Pahang – PKPIM

Nota : Gambar diambil daripada Utusan Malaysia dan Kosmo

Amidi (tengah) memegang laporan polis bersama 13 pemimpin NGO Islam Pahang yang meminta JAG dan SIS memohon maaf secara terbuka berhubung isu sebat ke atas model sambilan, Kartika di Kuantan semalam. (Kosmo)

AMIDI Abdul Manan (bersongkok) dan pemimpin NGO Islam Pahang bersama laporan polis dan sepanduk membantah dan meminta JAG dan SIS menarik balik kenyataan berhubung isu sebat syarie di Kuantan, semalam. (Utusan Malaysia)

Yang benar

Baktiar Hasnan
ABIM Bangi
Blog : http://abimbangi.blogspot.com
face book : ABIM Bangi

ABIM bantu Mangsa Gempa di Sumatera

Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) akan meneruskan pembabitan dalam aktiviti bantuan kemanusiaan, dan sedang mengatur perancangan menghantar sukarelawan meninjau keadaan bencana berikutan gempa bumi di Padang, Sumatera. Presidennya, Muhammad Razak Idris, berkata sukarelawan Abim akan melihat perkembangan di kawasan dilanda gempa bumi itu untuk menentukan bantuan sesuai disalurkan kepada mangsa di sana seperti yang pernah dilakukan terhadap mangsa tsunami di Acheh sebelum ini.

Katanya, langkah pertama Abim membantu mangsa gempa bumi ialah melancarkan Tabung Kemanusiaan Gempa Bumi Padang, Sumatera pada Majlis Jamuan Aidilfitri yang diadakan di Dewan Syarahan Utama Masjid Negara, Kuala Lumpur, kelmarin. "Ia sebagai usaha mengumpul sumbangan bagi membantu meringankan penderitaan dialami penduduk di sana," katanya ketika ditemui pada majlis itu.

Pada majlis dianjurkan bersama Wadah Pencerdasan Ummah (Wadah), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dengan kerjasama Masjid Negara itu, beberapa pertubuhan bukan kerajaan turut menyampaikan sumbangan kepada Tabung Belia Islam Abim. Sehingga kini, tabung dilancarkan 5 September lalu berjaya mengumpul dana sebanyak RM61,000 dan Muhammad Razak berkata, Abim memerlukan RM700,000 bagi menjayakan semua program dirancang.

Sementara itu, Muhammad Razak juga berkata bahawa Abim meletakkan harapan tinggi menjadikan belia Islam di negara ini sebagai penjana usaha dakwah melalui pembangunan bersepadu daripada aspek jasmani, rohani, akal dan emosi supaya berupaya mendepani cabaran hidup hari ini. Katanya, usaha itu akan digerakkan melalui 15 program teras Pembangunan Belia Islam yang dirancang untuk tempoh masa dua tahun akan datang membabitkan belia Islam di seluruh negara.

Beliau berkata, penganjuran program itu merangkumi pendidikan Islam, latihan kepemimpinan dan ketrampilan, sukarelawan, pembangunan dan kebajikan sosial, keusahawanan, ekonomi serta pembangunan wanita dan keluarga."Sebagai kelompok teras, pembangunan belia Islam amat mendesak dan Abim akan meneruskan usaha menjadi penggerak ke arah itu dengan bersandarkan kepada belia Islam di bawah usia 40 tahun. "Ia juga sebagai langkah meremajakan persatuan belia Islam kerana potensi generasi muda lebih tinggi dan dengan suntikan darah baru ini diharap mampu meningkatkan dinamisme pembabitan belia dalam usaha dakwah," katanya.

Katanya, Abim akan giat mengumpul dana bagi memastikan aktiviti dirancang dapat dilaksanakan serta mencapai matlamatnya. Antaranya ialah program pendidikan Islam meliputi usaha memantapkan institusi pendidikan Abim di peringkat prasekolah, sekolah rendah, menengah dan pengajian tinggi sementara latihan kepemimpinan memfokuskan kursus jangka panjang serta pendek meningkatkan kemahiran pengurusan kalangan belia.

Keusahawanan dan ekonomi pula bertujuan membimbing semangat keusahawanan melalui penganjuran kursus menarik pembabitan aktif belia dalam meningkatkan kuasa beli belia Islam di negara ini. Menyedari perkembangan merisaukan membabitkan golongan belia Islam dalam gejala sosial seperti dadah serta keruntuhan moral, Muhammad Razak berkata, Abim sentiasa melihat kumpulan itu sebagai keutamaan.

Katanya, bagi belia Islam yang berdepan masalah, Abim menubuhkan pusat perlindungan serta rumah pemulihan belia Islam untuk membantu, membimbing serta memberi ruang mereka menyelesaikan masalah seterusnya memperbaiki diri. "Menerusi Skuad Prihatin Abim, kita akan menolong belia, pelajar serta anak yatim menyelesaikan masalah mereka. Mungkin ada yang terlanjur, kita tempatkan di pusat perlindungan, bagi yang bermasalah kita bawa ke rumah pemulihan," katanya.

Tidak ketinggalan, Abim terus berperanan secara aktif dalam isu umat melalui penganjuran program memberi kefahaman mengenai Islam bukan saja kepada umat Islam, juga bukan Islam untuk mengelak salah faham terhadap Islam dan ajarannya. Ini termasuk menubuhkan pusat dialog antara agama untuk menggerakkan usaha membetulkan perspektif tepat mengenai Islam yang akan didukung oleh sarjana serta tokoh dalam bidang perbandingan agama.

Malah, Abim akan terus menumpukan kepada usaha meningkatkan perpaduan umat Islam dengan berperanan sebagai orang tengah dalam perdamaian parti politik Melayu Islam melalui silaturahim politik. Muhammad Razak berkata, Abim bersedia menjadi orang tengah jika ada keyakinan daripada kepemimpinan parti untuk mengadakan pertemuan membincangkan kedudukan serta masa depan umat Islam.

"Abim akan terus berusaha memastikan perpaduan umat Islam tetap terjaga melalui aktiviti memperkasa belia, meningkat kefahaman Islam serta menyatupadukan umat Islam dalam politik," katanya.

Sumber dipetik : http://www.bharian.com.my/

website : www.abim.org.my
website : http://abimbangi.blogspot.com

Baktiar Hasnan
ABIM Bangi

October 12, 2009

Update jap

Dah lama aku tak buat entry sejak cuti raya...Nk buat camne bz bangat ngan keje2 kt opis & majlis hari raya sana sini..
So, smpt bg ringkasan je la ek :

1. Kena prepare tender utk projek baru..Mintak2 la dpt..Amin..
2. Preparation utk training yg sedang dijalankan kt Holiday Villa, Subang Jaya..Peserta2 br je register semalam
3. Memenuhi jemputan open house kt sana sini iaitu rumah Kak Linda (jiran Kak Ngah), rumah Sal & rumah Abg aku. Byk gak jemputan open house yg terpaksa aku tolak..antaranya Reen yg br pindah ke rumah baru kt Kota Warisan, Salak Tinggi, Linda & Nurul (ex-smkas), Shah Alam, Shikin (ex-ktak),Hulu Langat, & sepupu Abah yg duk kt Bangi. Nk wat camne masa tak mengizinkan..
4. Join aktiviti ziarah & selawat biro wanita kt rumah Tengku, Kak Siti (ex-cikgu mengaji), & Jln 3A, Seksyen 15
5. Menerima tetamu dtg beraya walaupun duk rumah bujang ekekekek iaitu Nora, Zai & Liza (ex-smkas)..
6. Melawat Huda yg telah selamat melahirkan cahayamatanya yg ke-3 & 4..Giler seh dgr dia bercerita pengalamannya..Seorg bersalin normal..sorg lagi secara pembedahan..dh ler blood pressurenya naik giler2..Ngan kena tambah darah lg..Ternganga aku ngan Zai dgr dia bercerita..
7. Organize potluck raya kt opis..Ni semua gara2 idea Watie..Kebetulan aku dh abis puasa 6 (jgn jeles ye Superman)..huhuhu..Maka, dgn kerjasama padu dari Sal..hehehe..Meriah ler opis ari Jumaat lps..Kiranya sambut aku raya la lps abis puasa 6 di bulan Syawal ini..

Tu je la update aku setakat ni..Nk layan facebook n blog Superman lak..Baru jumpa Internet ni..Sib baik dpt Celcom Broadband yg Kak Ros sudi bg pinjam sempena aku arrange training kt sini..

September 28, 2009

Cite Raya Ke-6 , 7 & 8

Hari Jumaat tu, aku layan Internet je kt rumah Kak Long sambil makan2 & aktiviti pertidoran..Smpt settlekan kerja yg bos aku suh betulkan sblm aku cuti raya ari tu n emelkan kt dia..

Lps je Asar, aku, anak2 Kak Long & Fahmy g meronda kt Segamat..Round Segamat Baru,tgk sekolah lama aku, Angah (anak kedua Kak Long) & sekolah Najihah skrg..Byk dah perubahan..dari ladang kelapa sawit dah jadi kawasan perumahan Bandar Putra..Sekolah menengah baru pun dh dibina kt situ..

Memandangkan aku lum smpi Giant Segamat, kitorg pun g shopping2an kt situ smpi ler msk waktu Maghrib..Then, solat Maghrib kt Masjid Kg. Jawa..Seterusnya, adalah aktiviti makan2 kt KFC Segamat..Biasa ler kena pau..Najihah punye psl la ni..Aku kena pau ngan diorang..wakakaka..Msg2 nk balik rumah cepat sbb nk tgk Nur Kasih..Alih2 cite Pirate tu yg muncul...sadisnya..Aku rilek je sbb tak mengikutinya..Tunggu yg Along (anak Sulung Kak Long) download je...

Esok pepagi, aku dh bertolak balik..Kena hantar Angah balik dulu ke Casa Subang..Singgah kantin Kak Ngah dulu ambik nasi ayam...Makan2 kt rumah dia..Terus balik rumah mengemas rumah yg dh terbiar lama..Ptg tu, shopping brg dapur kt Bintang..

Ari Ahad lak, aku g jogging kt Tasik Cempaka..yo la dh byk melantak time raya ni..Terus g rumah abg aku kt Bangi Perdana antar keledek, mangga, dan kuih raya yg mak & Kak Long aku kirim..Singgah breakfast kt pasar..Kak Ngah bgtau yg Puteri ada kt rumah..Nmpknya kena ler g rumah dia..Tp kena buat operasi kemas rumah dulu sbb yg ari sebelumnya lum settle lg..Penat seh, terus antar kereta utk dibasuh..Baru ler g rumah Kak Ngah..Manja seh Puteri..Ngada2 tul..aku rasa sbb dia dh lama tak jumpa kitorg..Tu yg nk ngada2 lebih lak..

September 25, 2009

Cite Raya ke-5

Jeng..jeng..
Kak Long n Abg Long buat open house utk anak2 muridnya n kwn anak2nya..
Menu soto sbb tu la yg direquest oleh anak2 muridnya..

Kebetulan mlm sebelum tu, dh rebus nasi impit...So, pagi2 esoknya kitorang prepare sup, siat ayam & bergedil je..Aku ambik tender buat bergedil..Kak Long prepare kuah sup..sambil goreng ayam.Tugas siat2 ayam diserahkan kpd Najihah, anak bongsunya..Dh siap buat bergedil, tolong potong2 nasi impit n buah tembikai...then, settle ler tuags aku..

Parents aku pun dtg dr Sri Ledang..Bila tetamu dh start smpi, diorg sekeluarga pun layan..Aku pun layan internet..Lps Zuhur, kitorg g raya rumah Pak Su aku lak kt Felda Palong Timur..Pun dijamu ngan soto gak..tetiba je Pak Su aku ajak abah g beraya kt rumah Atuk sedara aku yg dh lama giler tak jumpa kt Felda Jelai..Kiranya, ari tu jejak kasih la sbb dh 50 tahun tak jumpa..ish3x..

Kitorg smpi blk rumah Kak Long dlm kul 7 mlm...

September 23, 2009

Cerita Raye...

Spt yg dirancang, aku jemput anak buah aku kt Casa Subang lps solat Jumaat. Perjalanan kami dimudahkan dan terus menuju ke rumah Kak Long kt Jementah..Buka pose kt rumah dia, sembang2, n layan Internet.Aku bermalam kt rumah dia sebelum pulang ke rumah parents keesokkan paginya dgn Along (anak sulung Kak Long).

Spt biasa, kami akan memasak utk juadah raya..Ms tu, cuma mak, abah, aku n Along je yg bertungkus-lumus kt dapur. Dkt2 Asar baru lah Kak Long smpi. Kak Ngah lak smpi dr rumah mertuanya lps masak kt sana. So, mlm tu last berbuka puasa dgn Keluarga Kak Long & Kak Ngah je.Lps je Isyak, aku bwk Mai, Najihah, Idin & Fahmy ronda2 keliling kampung.

Esok paginya, cam biasa la..Sesi bermaafan & fotografi..Tahun ni, abang aku raya kt rumah mertuanya di Sawah Ring..Lps Kak Ngah & Kak Long g rumah mertua masing2, cam biasa la aku lepak2 je tunggu tetamu kt rumah ngan parents..Mula2, golongan kanak2 dtg..Then family Ipah (sepupu aku), Man Din (paksu belah mak), anak2 Wak Yon (pakcik belah Mak)..Kiranya penuhla rumah ms tu..meriah tul..Org br blk umrah..mesti la ramai nk dtg..ekekekek.Ptg tu, baru family abg aku smpi dr rumah mertuanya..Kak Ngah n Kak Long pun bermalam kt rumah gak....Then, mlm tu aku, family abg & parents g beraya rumah pakcik2 n bestfriend abah kt Sri Ledang je.

Raya kedua, akak ipar aku msk byk2 utk prepare juadah tgh hari..Kitorg beraya dulu kt jiran sebelah rumah..Spt yg diduga, ramai ler tetamu dtg...ngan family akak ipar, Atuk Busu, Abg Komar (sepupu belah mak), family Cik Nah (adik mak), dan Cik Nor (sepupu abah). Lps Zuhur lak, kitorg beraya kt kg belah mak kt Parit Medan & Tiong Baru. Mlm tu, jiran sebelah lak dtg beraya..

Raya ketiga, g beraya kt jiran depan rumah. Blk tu, ms aku tolong mak masak jiran lak dtg..Then, family Cik Tin (adik mak) lak dtg ms tgh ari...anak arwah Wak Sar (akak Mak) pun dtg ptg tu....

Meriah tul raya ni...So, raya keempat (ari ni) aku join Kak Ngah g rumah Kak Long utk lunch sesama..Biasa ler..Lagipun mak aku bagi sbb semua sedara mara dh dtg...Rumah yg wajib pun dh diziarahi..So, lepak2 kt rumah Long je la sbb ada Internet..ekekekek