May 18, 2010

Untuk Dikongsi Bersama..(Petikan dari Blog Dr. Asri)

Penat Menanti Detik Kemustajaban Doa
Disiarkan pada Apr 24, 2010 dalam kategori Akidah |

Soalan: Saya mudah kecewa. Apabila saya doa, saya rasa doa saya Allah tidak akan terima. Saya dah minta doa macam-macam, tapi banyak benda yang minta itu tak berlaku seperti yang diminta. Kadang-kadang sehingga saya rasa macam tidak larat hendak berdoa. Tolonglah saya Dr!

Wardini, Kuala Kangsar.

Jawapan Dr MAZA:

Saudari, semoga Allah merahmati kita semua. Untuk menjawab kemusykilan saudari itu, saya nyatakan seperti berikut:

1. Doa adalah permohonan kepada Allah. Allah ialah Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mencipta. Apabila seseorang berdoa kepadaNya, hendaklah ia dilakukan dengan penuh perasaan merendah diri, kekusyukan jiwa, harapan dan pergantungan yang mutlak diserahkan kepadaNya.

Ramai orang berdoa, tetapi tidak ramai pula yang jiwanya ketika berdoa itu jiwa merendah, penuh tunduk dan khusyuk kepada Allah. Kebanyakan doa diungkapkan dengan jiwa yang hambar sedangkan Allah memerintahkan: (maksudnya)

“Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) yang perlahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas”. (Surah al-‘Araf, 55).

Jika kita dapat menjadikan jiwa kita ini begitu beradab, merendah, khusyuk dan penuh pengharapan kepada Allah, kita menghampiri pintu kemakbulan.

2. Bersangka buruk kepada Allah seperti menganggap Allah tidak akan terima doa adalah perasaan yang salah dan perlu dibaiki. Bagaimana mungkin Allah menolak doa, sedangkan Dia yang memerintahkan kita berdoa kepadaNya. Firman Allah:

(maksudnya): “Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir. Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka mendapat petunjuk (Surah al-Baqarah, 186).

FirmanNya juga: (maksudnya)

“Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu”. (Surah Ghafir, 60).

Doa yang dilakukan dengan penuh penghayatan pasti diterima Allah. Itulah jaminan Allah sendiri.

3. Maka seseorang hamba yang berdoa hendaklah dia penuh dengan keyakinan bahawa Allah akan memakbulkan doanya. Hanya jiwa yang tidak khusyuk ketika berdoa sahaja yang ragu-ragu terhadap penerimaan Allah. Sabda Nabi s.a.w:

“Berdoalah kamu kepada Allah dalam keadaan kamu yakin dengan kemustajabannya. Ketahuilah sesungguhnya Allah tidak menerima doa dari jantung hati yang lalai dan alpa” (Riwayat al-Tirmizi, dinilai sahih oleh al-Albani).

4. Namun, waktu dan ketika yang dipilih oleh Allah untuk sesuatu doa itu diperkenankan, hanya dalam ilmu Allah. Kadang-kala dilewatkan atas hikmah yang Dia Maha Mengetahui, dan insan yang berdoa juga biasanya akan tersingkap hikmah tersebut apabila tiba masanya. Sehingga apabila tiba waktu doa itu ditunaikan Allah, baru kita akan merasa betapa beruntungnya kemustajaban itu hadir pada waktu tersebut. Maka jangan putus asa dalam berdoa. Sabda Nabi s.a.w :

« Sentiasa doa dimustajabkan untuk seorang hamba Allah selagi mana dia tidak berdoa untuk membuat sesuatu dosa, atau memutuskan silaturrahim, selagi dia tidak tergopah-gapah ». Ditanya baginda : « Apa itu tergopoh-gapah ? ». Sabda baginda : «Apabila dia berkata : aku telah pun berdoa ! aku telah pun berdoa !, tetapi aku tidak nampak pun dimustajabkan untukku, lalu dia berhenti ketika itu dan meninggalkan doa » (Riwayat Muslim).

5. Cara bagaimana Allah memustajabkan sesuatu pengharapan atau doa hamba itu juga berbeza-beza. Mungkin tidak seperti jalan yang disangka hamba yang berdoa itu, tetapi Allah sesuatu yang lain yang lebih baik untuknya. Umpamanya, mungkin seorang hamba meminta kekayaan yang besar atas andaian dengan kekayaan itu maka dia akan bahagia.

Namun Allah mengetahui tentang hal hamba tersebut yang mana kekayaan besar boleh memudaratkan iman atau persekitarannya yang lain. Allah mungkin menggantikan kekayaan yang besar itu dengan rezeki yang mencukupi, kesihatan yang baik, anak-anak yang soleh dan keluarga yang bahagia. Kesemua itu membawanya mencapai ketenangan hidup di dunia dan kebahagiaan di akhirat.

Maka insan hendaklah jangan cepat menyatakan doanya tidak diterima, sebaliknya hendaklah dia sentiasa menyemak dan menilai segala kurnia Allah yang ada di sekelilingnya. Kemustajaban doa itu berlaku dalam berbagai bentuk. Sehingga ada yang Allah tangguhkan apa yang diminta itu ke hari akhirat, kerana Allah mengetahui bahawa di saat itu insan tersebut lebih memerlukan apa yang diminta tersebut. Sabda Nabi s.a.w :

« “Tiada seorang muslim yang berdoa dengan suatu doa yang tiada dalamnya dosa, atau memutuskan silaturahim melainkan Allah akan memberikan kepadanya salah satu dari tiga perkara: samada disegerakan kemakbulan, atau disimpan untuk diberikan pada hari akhirat, ataupun dijauhkan keburukan yang sepadan dengannya”. (Riwayat Ahmad, Al-Bazzar dan Abu Ya’la dengan sanad yang sahih).

6. Doa tidak sia-sia. Doa adalah lambang pengabdian diri seorang hamba Allah kepada Allah Yang Maha Agung. Sebab itulah berdoa kepada selain Allah, sekalipun memohon kemustajaban dari nabi atau wali adalah dianggap sebagai syrik. Sementara berdoa kepada Allah adalah ibadah. Ertinya, jika seorang hamba itu berdoa selama sejam, dia sebenarnya sedang beribadah selama sejam. Jika dia berdoa sepanjang malam, bererti dia beribadah sepanjang malam. Sabda Nabi s.a.w :

“Doa itu adalah ibadah” (Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi, dinilai sahih oleh al-Albani).

Adapun berdoa selain Allah pula adalah syirik dan memusuhi penyerunya pada hari Kiamat kelak. Firman Allah: (maksudnya):

“Dan tiada yang lebih sesat dari orang yang menyeru selain Allah, yang tidak dapat menyahut seruannya sehinggalah ke hari kiamat, sedang mereka (makhluk-makhluk yang mereka sembah itu) tidak dapat menyedari permohonan tersebut. Dan apabila manusia dihimpunkan (pada hari akhirat), segala yang disembah itu menjadi musuh (kepada orang-orang yang menyembahnya) dan membantah mereka” (Surah al-Ahqaf, 5-6).

7. Kehidupan ini mempunyai rahsianya yang tersendiri. Banyak perkara yang kita rasa pahit dan membencinya pada masa tertentu padahal ia manis pada masa yang lain. Banyak perkara yang kita rasa baik, ia buruk apabila berubah masa dan keadaan. Allah Maha Mengetahui apa yang bakal terjadi, apa yang sedang dan telah terjadi. Kita selalu tergopah-gapah menilai sesuatu keadaan. Sehingga kadang-kala kita berdoa hendak sesuatu, sedang Allah mengetahui ia tidak baik untuk kita. Allah menggantikan dengan perkara lain, kita mungkin tidak perasan atau sedar.

Seseorang mungkin merasakan doa yang dikehendaki belum Allah mustajabkan, tetapi dia terlupa apa yang sedang dinikmatinya itu sudah mencapai harapannya. Maka, janganlah cepat kita berputus asa dengan rahmat Allah dan terus menghukum bahawa doa kita belum dimustajabkan.

8. Dukacita dan keperitan hidup menghapuskan dosa dan menaikkan darjat seseorang di sisi Allah. Ia juga membawa insan membanyakkan doa. Dalam detik menunggu kemustajaban doa, ramai yang kembali menjadi soleh, tunduk, tawaduk dan membanyakkan ibadah. Penangguhan doa mempunyai berbagai hikmah dalam kehidupan muslim. Dunia ini amat kerdil dan tidak dibandingkan dengan akhirat. Doa merupakan amalan yang membawa kebahagian insan di akhirat. Menanti kemustajaban doa dengan iman dan penuh tawakal merupakan tempoh yang menyebabkan banyak insan kembali menemui jalan Allah yang hakiki.

9. Marilah kita teruskan doa, baiki diri dan nilailah apa yang telah berikan kepada kita dalam kehidupan hari ini. Keperitan hari ini, mungkin kemanisan hari esok. Kemanisan hari ini, belum tentu kenikmatan hari esok. Maka, sentiasa bertawakal kepada Allah dan jangan putus asa berdoa kepadaNya.

May 17, 2010

Kunjungan Tetamu Dari Jauh.................

Jengjengjeng....

Semalam aku menerima kunjungan dr Ita yg sedang berhempas-pulas belajar utk mendapatkan pHD di Newscastle, UK. Dapat gak jumpa ngan anaknya, Kayla yg comel ittew.

Kitorg melepas rindu yg dh 3 tahun tak jumpa..Dia bertolak ke UK pada bulan September 2007, sejurus selepas mendirikan rumahtangga..So, kebetulan dia ada conference kt UIA last week then ambik cuti sekali sebulan kt Msia. Mcm beraya lak dia semalam, dr Serdang ke Kajang berjumpa sedara- mara..Singgah ke Bangi semata-mata berjumpa aku..

Sempat bertukar2 cerita n bermain2 ngan anaknya yg selama ni geram je aku tgk kt gambar..Gebu tul kulitnya..Kitorg dinner kt Sarina Park Cafe (belakang rumah aku je)..Nasib tak menyebelahi kitorg, dh ler makanan lmbt smpi, rasa lak amatla kureng..Membantutkan suasana pertemuan kami..huhuhu..

Btw, syokla dpt jumpa Ita yg selama 3 thn kebelakangan ni hanya berhubung melalui Internet je..Thanks Ita.


Note :

Aku tak buat rawatan tepuk sebab ustaz yang bertugas ari sabtu lps menasihati agar aku bersedia sepenuhnya (sihat dr gangguan) supaya tiada kejadian yg tidak diingini berlaku semasa rawatan tepuk. So, hanya buat rawatan gangguan spt biasa.

May 11, 2010

Aku kena kuatkan semangat...

Chaiyokk......

Aku kena kuatkan semangat bg melawan sakitku ni..Betapa sakit kurasakan saat menjalani rawatan Ahad lps..Terutama ms benda tu degil takmo kuar dr badan..Alhamdullillah, kuar jugak setelah aku n ustaz berhempas pulas melawannya..Tp tak abis lg..Lps je rehat dlm 5 minit, Ustaz nk smbg balik rawatan..Namun, badanku tak terdaya smpi rasa nk pitam..Ustaz tu kata benda tu nk msk balik ke dalam badanku n dia tak berani nk teruskan rawatan..Dia nasihatkan aku jalani rawatan tepuk (khusus untuk santau). Klu takde benda kuar ms rawatan tu (meaning tak kena santau), leh sambung rawatan cam biasa..

Balik je rumah, perasaanku bercampur baur..ngan letih lps rawatan tak ilang lg, then dgr apa yg ustaz ckp lg..risau dibuatnya..Semuanya dugaan..Bg meleraikan persoalan n menenangkan fikiranku, aku baca balik buku yg Dato' Harun Din tulis klu tak silap tajuknya Makhluk Halus dan persoalannya..Ada gak persoalan psl gangguan saka n makhluk halus..Lps je baca jawapan dr persoalan yg diutarakan, aku lega sket..Yg penting kena bergantung pada yang Esa..Berusaha, berikhtiar dan bertawakal kpdNya..Hanya dia yang Maha Kuasa..

Semoga Allah memberiku kekuatan melawan gangguan makhluk yg sering mengganggu hidupku..Amin............

May 03, 2010

Entry Bulan Mei

Kejap je dh masuk bulan 5..

Yg aku tau, byk sgt perkara yg berlaku dlm hidupku bulan lps...Antaranya:

1. Keje yg menimbun kt opis..biasa la..ekekekekek

2. Rumahku dibanjiri ngan air kumbahan..uwekkk...

3. Sakitku dtg balik..Tp tak seserius cam bulan 10 ari tu..Puncanya sbb aku g rumah yg Zai baru beli kt Bandar Sri Putra..Suasana dlm rumah tu agak keras smpi aku menggigil ms stay kt rumah dia. Sib baik Zai paham n terus bwk aku menjalani rawatan kt Darus Syifa'. Selang sehari lps tu, kena tindih lak ngan lembaga ms tido di siang hari..Apa lg...kesian la Kak Ngah yg kena jaga aku..Sib baik tak teruk sgt...Bos aku pun paham ngan keadaan aku..

4. Aku dh jumpa ngan Ustaz yg betul2 serius nk membantu dlm proses rawatan aku...Alhamdulillah, jumpa gak ngan Ustaz yg betul2 nk tolong aku..Tp, semuanya bergantung kpd diri aku gak..kena kuatkan semangat melawan makhluk Allah yg sering mengganggu hidupku..Amin...

5. Melayan karenah Maisara...huhuhu..Biasalah remaja yg tgh hot..mcm2 hal nk kena settlekan..