December 31, 2009

Happy New Year 2010...

Tahun baru akan menjelma tgh mlm ni...Maknanya apa..ekekeke..Yg aku tau umur aku akan meningkat lg setahun..Akan bertukar ke angka 3 didepannya...lalalalalalala..

Imbas balik apa yg berlaku di tahun 2009...

2 peristiwa besar yang berlaku dalam hidup aku pada tahun ini iaitu:

1. Kenangan manis
Aku dapat menunaikan umrah pada bulan Ramadhan lepas...Alhamdulillah..semuanya berjalan lancar dan ia merupakan pengalaman yang paling manis yg dilalui sepanjang hidupku..

2. Kenangan pahit
Aku mengalami gangguan jin dan ia memalukan diriku sendiri kerana bertindak di luar kawalan..Skrg ni masih dalam proses pemulihan....sakit mulut aku time ehem2 tu nk kuar...Aku kena kuatkan semangat...


Azam tahun 2010

1. Melupakan segala kenangan pahit yg dialami sepanjang hidupku

2. Meneruskan usaha merawat diri sendiri dari gangguan jin..Gangguan kali ni mmg betul2 serius kerana ia mengambil masa yang lama untuk pulih spt sedia kala..

3. Menyayangi diri sendiri dgn memperbaiki segala kelemahan dan kembali berusaha menguruskan badan..ekekekekek...Gara2 kena gangguan jin, badan aku kembali naik mendadak..apa taknya nafsu makan aku naik giler2..dh ler lps rawatan, badan aku jd letih yg menyebabkan aku asik menidorkan diri je..sia2 je usaha aku selama ni..adoyai..nk buat camne..

Tu je la kot...bab jodoh, aku malas nk komen..Allah punye kuasa..cuma kena memekakkan telinga je la time org tanya especially ibuku...huhuhu

Semoga akan ada sinar yg menyuluh hidupku di tahun 2010....(note: sama je harapan ngan entry sebelum ni..huhuhu)

December 17, 2009

Salam Maal Hijrah 1431...

Selasa lps, aku ada sesi kaunseling lg..Kali ni dgr nasihat dari seorg project director yg kuanggap bapa di pejabat.

Mulakan hidup baru di tahun baru yg akan disambut sebentar lagi..

Biarkan semua kisah silam yg berlaku dan jadikannya sbg pengalaman dan pengajaran yang berguna..

Semoga akan ada sinar yg menyuluh hidupku di tahun baru ini...

Buat semua pengunjung blog ini, Selamat Menyambut 1 Muharam 1431...

December 07, 2009

New Life...New Beginning...

Walaupun tahun baru ada lg 24 ari lagi..
Aku dh kena start hidup baru...

Aku kena berubah..klu tak aku gak yg terseksa..
Thanks a lot to my lovely bos atas nasihat yg diberikan..