June 23, 2009

Tagged by Superman

Aku kena tagged lagi ngan Superman..
Motifnya..ari ni birthday aku..ahaks..
So, kena la jwb..

1. Bekas kekasih saya adalah :
Yg ni kira yg serius je la ye..Klu nk campur yg gitu2 byk gak...uhuks
1. Skandal kt KLIACS-belum kahwin lagi
2. Ex-fiance -pun belum kahwin lagi

Dua2 ni mmg mengecewakan aku.
Yg first kata takmo serius bile aku tanya dia betul2 mengenai haluan hubungan
kitorg..Yg ex-fiance tu, korg pun dh tau kan camne dia layan aku..So, malas nk
cite lg..

2. Saya sedang mendengar :
Mp3 dari playlist saya kt training centre..Lagu bertajuk Cinta Ini nyanyian Siti
Nurhaliza

3. Mungkin saya patut :
Memikirkan semula program diet saya kerana lately saya byk langgar
pantang..Almaklumlah disajikan ngan menu sedap di hotel sepanjang training ni..

4. Saya suka :
Melihat pemandangan yang mendamaikan bagi menghilangkan tension..Duk kt Flamingo
ni,syok la dpt tgk tasik je..hihi

5. Sahabat-sahabat baik saya :
Ramai gak
1. Zah-Satu opis.Byk berkongsi perasaan ngan dia..Saya akan jd pengapitnya di
majlis perkahwinannya bulan 8 ni.
2. Saliah-Duk kt sebelah meja kt opis..Selalu g keje sama2 coz kami sama2
tinggal di Bangi..Jimat seh..Dia la yg plg byk tau mengenai kisah
percintaan saya..huhuhu
3. Nili-Pun satu opis gak..selalu menghabiskan masa berjimba2 n meluahkan
perasaan n masalah msg2..
4. Jue-Satu opis gak.Byk share ngan dia psl hal peribadi saya..ahaks..
5. Nora-Dulu satu opis..Skrg dia keje kt SPP..Still contact lg n selalu berjumpa
klu ada masa..lgpun dia duk Putrajaya je..
6. Ita-sambung belajar kt UK..still contact melalui blog masing2..
7. Timah-kt Ipoh ..selalu sms tanya kabar..msg2 ada instinct klu salah sorg ada
problem..
8. Zai-kekadang je berhubung..tp bila berjumpa..susah nk berenti ckp.ada je cite..
9. Huda- sama gak ngan Zai..
10. Kak Faizah-tak lupa gak ngan dia..Klu dh lama tak bersembang ngan dia rasa
lain mcm je..

6. Saya tak paham :
Kenapa org lain suka sgt ambik tau psl hal saya..Adakah kerana saya ni
glamor..huhuhu

7. Saya kehilangan :
Kepercayaan terhadap org yg selalu mengambil kesempatan terhadap diri saya...

8. Ada yang berkata :
Saya suka buat keputusan secara tergesa-tergesa tanpa memikirkan
implikasinya..(Kak Long la yg selalu ckp camtu psl diri saya)

9. Makna nama saya :
Cahaya mataku....

10. Cinta itu adalah :
Cinta yang suci tidak memerlukan sebab...

11. Di suatu tempat, sesorang sedang :
Sedang menjawab tag Superman..sewaktu peserta latihan minum petang.

12. Saya akan cuba :
Berusaha untuk menjadi seorang insan yang lebih baik dari hari sebelumnya.

13. Ayat SELAMANYA membawa maksud:
Kekal abadi

14. Telefon bimbit saya :
Nokia 6288-telefon company (no. maxis sejak tahun 2002)
Nokia 3215-beli kt Bukit Gambir utk nombor Happy

15. Bila saya terjaga dari tidur :
Saya akan pusing kanan, pusing kiri...Klu tak leh lelap balik bangun n buat la
apa2 yg patut..

16. Saya paling tak suka apabila :
Orang mempersoalkan saya tak buat keje..Padahal keje saya dh settle..

17. Pesta/parti adalah :
Tempat saya berkumpul dan bersuka ria ngan kawan2..sambil makan minum..dan
bla2......

18. Haiwan yang paling comel yang pernah saya temui ialah :
Kucing yang bernama Memey kepunyaan Linda..Saya g rumah sewanya..n berjumpa ngan
Memey yang gemuk ittew..

19. Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah :
Sama spt Superman, dulu kini dan selamanya...sentiasa menghargai waktu yg ada..

20. Hari ini :
Adalah birthday saya yang ke-29..Semoga apa yg org wish..termakbul hendaknya..

21. Malam ini saya akan :
Menikmati hari yang indah ini..kuikui

22. Esok pula saya akan :
Bekerja spt biasa..Ada peserta baru akan daftar utk next session (training)..

23. Saya betul-betul inginkan :
Kebahagiaan yg hakiki di dunia dan akhirat..

24. Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini :
Saya bersyukur kerana telah dikurniakan dgn umur yang panjang di bumi Allah ini..

25. Pusat membeli-belah atau arked permainan :
Alamanda..Motif..selesa n kebanyakan brg yg saya nk mudah didapati di sini
tanpa perlu drive jauh n bersesak2an.

26. Makanan Barat atau Jepun :
Mcm Superman, perut saya tidak leh masuk makanan Jepun..

27. Bilik yang terang atau gelap :
Bilik yang suasananya suram..

28. Makanan segera adalah :
Menggemukkan..Tp akan ada gak masanya saya teringin menikmatinya..dan akan
langgar je..

29. Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang
Aku tgh jawab tag Superman..Ada opismate aku tanya aku tgh buat apa..

30. Siapa yang anda nak Tag

Klu anda rajin nk menjawab tag ini, sila la jawab ye...

June 01, 2009

Congratulations Leyha...



Entry kali ni ditujukan khas buat Leyha yang baru sahaja melangsungkan perkahwinannya semalam. Siapa sebenarnya Leyha...hehe..Dia adalah ex-schoolmate aku msk belajar kt SMKAS dulu.Kitorg mmg rapat ms sek men dulu terutamanya dr form 1 smpi form 3. Bila form 4 dia ambik aliran pengajian islam, aku lak kt aliran sains tulen. Then, kitorg sama2 belajar kt UKM. Dia ambik course IT, aku lak ambik Engineering. Selalu gak lepak kt bilik dia dulu kt Kolej Ibrahim Yaacob yg terletak kat atas bukit. Ms tu aku duk kolej ROTU (Kolej Tun Hussien Onn) walaupun aku tak register as ahli ROTU. Abis je study, dia sambung master kt UitM then sambung lagi kt Glasgow, UK (ambil PhD lak). Gigih tul dia belajar..hehe..

Aku kagum ngan percintaan jarak jauhnya..Dia mengikat tali pertunangan pada Januari 2007. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar tak sama ngan kes aku..huhu. Bulan Julai ni, dia sambung balik pengajiannya utk tempoh setahun lagi..Aduhai, berjauhan lg ngan sang suami yg merupakan seorg lawyer berasal dr Temerloh.

Leyha ni, asalnya dr Gemereh, Segamat. Majlis perkahwinannya diadakan di Hotel Grand Bluewave, Shah Alam. Memandangkan aku ngan Liza masih solo, kami pun berjanji berjumpa di LRT Kelana Jaya. Rasanya, kamilah tetamu pertama yg smpi..solat maghrib dulu kt surau then pilih meja yang strategik..Nk dijadikan cerita, aku baru teringat yg Fahrin Ahmad (pelakon) tu pernah satu sekolah ngan aku smpi form 3. Ni pun timbul ms Liza ingatkan yg Leyha pernah bercouple ngan Fahrin ms sekolah dulu..huhu..

Mula2, kitorg nmpk Azleen yg tgh pregnant anak kedua, terus je kitorg lambai n ajak dia join kitorg. Dia ni sekolah kt SMKAS smpi form 3 je, then dpt offer ke MRSM Taiping..La ni keje kt Telekom. Pastu, A'a n Anip lak sampai..pun tgh pregnant gak anak kedua..Paijo n Amat (husband n wife) menyusul lak lps tu..Paijo n Amat ni kaki kamera.So, msg2 bz la jd photographer mlm tu. Tak patut tul si Paijo kutuk kamera aku yg cokia ms suh dia settingkan bg gambar clear sket..ceh..Maka, penuh la meja kitorg..

Then, Hajar lak smpi n husbandnya. Seterusnya, Nani n husband lak..Si Nani ni tak berubah langsung walaupun dh pregnant, still kurus melidi. Oh ya, pasangan pengantin baru si kapten Topek pun tiba..siap nk merajuk lak ngan aku sbb tak dtg wedding dia.Tp yg bestnya dia tegur aku bertambah cerah n kurus..Thank you, Topek..hihihi..Pasangan Yanie-Shukur n Noi lewat smpi. Kitorg dh siap makan, baru ler nmpk kelibat diorg. Dpt jumpa diorg pun kejap je sbb msg2 kena keje. Oh ya, aku tak dpt jumpa Melah..dia terperangkap dalam traffic jem. Ntah kul brp ler dia smpi. Riuh rendah pelamin ms tiba turn kitorg ambik gambar ramai2 ngan pengantin. Kesian group lain yg kena tunggu lama.huhu.

Kitorg blah dlm kul 10.45 mlm.. Tu pun lps Leyha potong kek sempena birthday dia yg jatuh pada hari ni.. Semoga perkahwinan ini kekal hingga akhir hayat.