October 04, 2005

Selamat Datang Bulan Ramadhan Yang Penuh Berkat

Esok, semua umat islam akan start menunaikan ibadat puasa. X sabar rasanya nak menunaikan ibadat yang satu ni. Inilah peluangnya untuk aku mendekatkan diri kepada yang Esa. Bolehler mengambil kesempatan ini untuk menginsafi diri dan menambah amalan bagi mendapatkan pahala sunat. Bukannye selama ini aku mengabaikan suruhan-Nya tapi sbg insan biasa, aku mengaku jugak yg kekadang ni terleka sket. Buat amalan yg wajib je.

Sempena bulan posa yg akan menjelma esok, bersama2lah kita menghayati tazkirah ini:

Puasa membuka jalan

Puasa adalah medan memperkukuhkan tekad dan azam yang padu, juga medan manusia berhubung dengan Tuhannya yang berteraskan kepatuhan dan ketundukan. Ia juga medan jati diri dalam menghadapi tuntutan jasadi, mengawal desakannya serta mengutamakan keredhaan dan janji Allah [Fi Zilal al-Quran].

Sekadar mana kemahuan iradat meningkat sekadar itulah kekuasaan adat kebiasaan meluntur [Islamuna].

Puasa ialah rawatan mujarab kepada kebiasaan. Ia adalah latihan untuk meloloskan diri daripada cengkamannya atau meringankan bebanannya. Ia juga mengingatkan manusia rutin-rutin ini bukanlah urusan yang tidak mampu dielakkan, bahkan diri sendiri dan suasana hidup yang memperkasakannya. Dia mampu meninggalkannya (jika bertekad sepenuh hati) tanpa mengalami apa-apa kesakitan atau mudharat [Taujihat al-Islam].


Bagaimana puasa membantu

1. Menguatkan kemahuan iradat.
Sebagaimana yang disebut, “Sekadar mana kemahuan iradat meningkat sekadar itulah

kekuasaan adat kebiasaan meluntur”.

2. Tempoh perubahan yang lama.
Berpaksikan kepatuhan kepada hukum syara’ dan keinginan untuk taat, orang yang berpuasa

akan meninggalkan rutin kebiasaannya selama 29 - 30 hari. Ia adalah tempoh yang
mencukupi untuk berubah jika disertakan dengan niat yang jujur.

3. Perubahan yang menyeluruh.
Semasa berpuasa, seseorang mengubah waktu tidur, jaga, makan minum, cara penggunaan

waktu, susunan prioriti kerja bahkan perasaan dan tingkah lakunya. Oleh itu, keupayaan
untuk berubah akan lebih besar dan kuat.

4. Penglibatan ramai.
Puasa Ramadhan membentuk satu perubahan yang meliputi semua individu masyarakat

muslim. Setiap muslim terlibat dalam perubahan zahir dan batin ini. Ini membantu
perubahan. Sesiapa yang inginkan perubahan sikap tidak akan keseorangan bahkan seluruh
masyarakat mendokongnya.


Penutup
Intipati puasa ialah mengawal diri daripada syahwat dan meninggalkan rutin [Zad al-Ma-‘ad].
Apabila tiada kejayaan dalam mengubah (diri) padahal terdapat peluang yang banyak, pahala yang melimpah ruah dan tempoh yang panjang, saya jangkakan anda tidak akan berubah, bahkan anda sememangnya tidak mahu berubah. Jika anda tidak mengubah kebiasaan yang buruk di dalam Ramadhan, anda adalah orang yang tersekat dari rahmat Allah dan menyalahi hikmahNya. Allah menjadikan puasa untuk para hamba, supaya mereka mengubah perangai-perangai mereka. Tetapi mereka hanya mengubah waktu makan mereka sahaja [Ibadat fil Islam].

No comments: