November 09, 2005

Lebaran

Aku rasa saat yg paling meriah masa raya adalah masa kitorang satu family berbuka posa sesama pada hari terakhir posa tahun tu. Malam menjelang raya tu la yg best.Masa tu la kitorang berkumpul, sembang2 dan tukar2 cite. Anak buah aku as usual la, akan main mercun n bunga api kt luar. Kitorang adik beradik pulak akan berkumpul kat dlm bilik aku, sembang2 sambil gosok baju family masing2. Topik yg tiap2 tahun mesti keluar ialah psl baju raya masing2. Sbg pemilik bilik, aku punye koleksi baju raya ler yg selalu jadi mangsa tatapan dan komen drpd org lain.

Breakfast pagi raya tu, klu x de pisang @ keladi goreng buat cengkodok ikan bilis pun jadi ler. Kat meja makan tu, sambung menyembang lagi..Sementara tu, ada la jugak jiran2 yg pulangkan mangkuk tingkat (ada isi lauk ye...). Lain pulak ngan anak buah aku, diorang mesti nak makan ketupat masa breakfast tu.

Lepas sembahyang raya, acara nangis2 pulak...(anak buah aku yg bagi nama)...Biasalah klu bermaaf2 an di pagi raya, mestilah syahdu syahdan punye sampai menitis air mata. Tahun ni, abg aku x join coz turn dia beraya kt rumah mertua. So, dia akan bermaafan sblm balik kl nanti.
Klu part ni...budak2 klu salam ada makna ler..Semuanya sengih2...mintak duit raya...kuang3x.

Pastu, aku n parent aku akan tunggu org datang beraya sementara yg lain g raya kat rumah mertua masing2. Petang raya tu, kelam kabut le jugak nak prepare dinner utk sepupu2 n keluarga mertua akak aku yg datang beraya.Nasib baik akak aku dah balik beraya.Boleh ler tolong sket2. Mlm tu, kitorang g beraya rumah makcik2 n jiran2 yg ada kt kg je.


Pagi esoknya baru g beraya kat rumah sedara mara kt kg mak aku.Dah lama rasanya abah aku x ajak g kg dia..Dia malas nak drive kot coz kg dia jauh..Kitorang smpi rumah mak long aku dlm kul 12.30 tgh hari...Masa tu kat Astro Ria ada program dari Studio 1 bersama Mawi..Hehehe....kitorang dgn muka x malu terus bgtau nak tgk astro kat atas. Mak aku n kak long aku je yg layan mak long aku..Bila nak abis je program tu..baru ler g turun bwh sembang2 ngan mak long aku.Teruk betul perangai...Nasib baikler kat rumah mak long aku..X kisah ler sgt sbb dah biasa ngan dia.

Balik2 rumah je...semuanye ready kat depan tv..nak tgk konsert ct kat london pulak..Best2 je tgk, ada tetamu pulak datang.Kelam kabut akak n abg aku yg tertido kt depan tv. Masa tu ler, berpusu2 org datang nak beraya. Hilang dah concentrate aku kat konsert tu..Suara ct mmg power tp bila dia ubah arrangement music tu dah jadi lain lagunye..Aku cuma enjoy part dia bwk lagu tradisional..Yg balada tu cam boring je.Maybe psl byk sgt lagu yg dia bawak kot..Malam tu, bila kitorang siap2 nak g beraya..ada lagi tetamu dtg raya. Dah cancel plan nak g beraya lm tu.Part ni lagi best..kitorang dah tutup lampu coz nak tgk cite gangster n PGL...tetiba ada org hon nak dtg beraya lagi...Kelakor sungguh masa tu...Mak aku pun dah masuk dlm bilik..

Raya ketiga lak, kitorang satu family berkumpul kat rumah akak aku.Kelam kabut dia buat roti jala..Masak je satu keping, dah ada org ambik....Masa tu, cam raya kat kg2 lak.....Akak n abg aku g petik mangga kat tepi rumah, abg ipar aku tebang dahan pokok pisang n ambik anak pokok utk bwk blk kl. Anak buah aku pulak tangkap belut yg ada kt dlm longkang rumah..Semua aktiviti cam kt kg2 je padahal rumah akak aku tu kat taman perumahan.Bila abg aku dah nak balik, syahdu balik suasana...Ye ler..part dia nak salam2 pulak.Lama betul dia salam mak aku..Apa le yg diorang ckp masa peluk2 tu..Semuanye confuse...dlm 15 minit jugak ler...Ngan abah aku lama jugak tp x dpt menandingi mak aku..Bila dia dah salam parents tu, dia kena rehat n lap2 air mata jap sblm teruskan salam ngan akak aku..Aku rasa masa turn salam ngan aku tu paling singkat rasanya..kuang3x..Ye ler mana ler kitorang nak nangis2 ni cam ngan org lain..

Mlm tu, kitorang melayan jiran2 yg dtg raya..Pepagi raya ke-4, sepupu aku dah dtg raya..Kelam kabut akak aku coz dia tak kemas lagi tempat tido. Mlm tu, diorang tido kat luar coz nak tgk movie smpi larut mlm..Selamat ler aku coz masa tu aku kat bilik air..X yah ler nak kemas2 n siapkan apa2 yg patut.Yg bestnya, sepupu aku tegur yg aku dah kurus...gembiranye masa tu...hihihihi...Ptg tu, sepupu belah abah aku pulak dtg. Masa ni, tinggal aku je kat rumah..coz semuanya dah balik kl..Bosannya diorang tanya psl aku.X de topik lain , mesti tanya berapa lama cuti..Tu je la modal diorang klu nak tanya kabor.Klu ngan org lain, mesti tanya psl anak..

Mlm tu, aku layan cite Kal Ho Na Ho..Cite tu mmg dah lama aku nak tgk, smpi dah nak beli vcd nye, cuma x jumpa je..Nasib baik ler x de org dtg beraya mlm tu...x de gangguan..hehehehe.Aku layan cite tu smpi kul 2 pagi. Esok pepagi, turn aku lak balik kl...Kesian mak aku coz dia kena masak sesorang utk makcik2 aku yg dtg beraya dr JB.




1 comment:

Anonymous said...

IBM Unveils Single-Point Tool For Creating Blogs, Wikis
IBM has demonstrated a group of software products and services called the Public Image Monitoring Solution cobbled together to corral the explositon of Web data generated by e-mails, blogs, wikis, jams, news ...
Find out how to buy and sell anything, like things related to how to repair a road bicycle on interest free credit and pay back whenever you want! Exchange FREE ads on any topic, like how to repair a road bicycle!