December 08, 2005

Alhamdulillah

Syukur alhamdulliah..Tu je yg mampu aku ucapkan sekarang..Setelah beberapa tahun aku bersusah payah dlm memcari rezeki.Akhirnya, aku dapat berita gembira dari Reen.Aku telah ditawarkan pekerjaan dalam syarikat yg kukuh tanpa perlu bersusah payah melalui prosedur kerja yg biasa e.g: hantar resume & interview. Semua ni jasa Reen & En. Amin. Aku x tau camne nak balas budi diorang.

En. Amin & Reen mmg memantau projek2 di bawah kementerian. So, bg salah satu projek yg dirancang utk tahun depan...diorang telah meminta syarikat yg terbabit dgn projek tersebut untuk mengambil aku sbg salah seorang staffnya..Insyaallah, kalau aku perform dgn baik dan syarikat tersebut mendapat projek lain, aku akan terus bekerja dengan mereka.Aku pun dah jumpa dgn CEO syarikat tersebut..Aku harap akan dapat menjalankan tugas dengan baik dan gembira melaksanakan tugas yg akan dijalankan.

Bila aku bgtau berita gembira ni, family aku pun tumpang bersyukur. Diorang kata, x sia-sia aku bersabar selama ni. Kalau nak ingat balik, mmg byk liku yg terpaksa aku lalui slps je aku menamatkan pengajian sejak beberapa tahun lepas.

Aku siapkan tesis & viva final projek dlm bln 10/2002. Lepas tu, aku rehat n tinggal ngan parents aku kat kg selama 2 bln. Bila dah x tahan sgt, aku pun menebalkan muka utk tinggal ngan akak aku kt Bangi. Di samping cari kerja, aku buatlah apa2 yg patut (cam org gaji ler)..Ye la, adat hidup menumpang. Kalau weekend, aku tolong abg ipar aku kat gerai roti canai di pasar. Mmg kena tebalkan muka ler coz ramai je customer dia yg tau aku ada degree. Pastu, akak aku pulak dapat tender kantin Akademi Percukaian Malaysia. So, dgn secara rasminya aku jadi org kanan akak aku utk menguruskan kantin tersebut.

Dalam bln 7/2003, alhamdulillah aku dapat kerja yg sesuai ngan kelulusan. Kerja as IT Executive kat syarikat konsultan. Aku ingat keje kt situ secure coz company tu nampak cam kukuh. Office pun best..kt bangunan Sapura lg (Mines Resort City)..Last2 baru 10 bulan kerja, aku dapat surat termination. Mmg ler aku kerja utk kontrak 2 tahun, tak sangka pulak dapat surat berhenti awal..Company tu ada problem..Bussines bergantung kepada projek kerajaan yg kebanyakannya dlm bidang pembinaan. So, bila Pak Lah jd PM, projek yg yg tidak diperlukan sgt cam Monorail & Landasan Berkembar kena tangguh.

Aku pun tebalkan muka lagi , keje ngan akak aku kt kantin dia balik. Masa tu, mmg aku x suka. Staff kt situ suka tanya2, mmg ler diorang simpati...Tp, part tu ler yg aku malas nk menjawab. Dlm setengah tahun jugak ler, aku buat kerja2 yg memenatkan n tension. Jadi cashier, tukang bancuh air, tukang masak, tukang cuci pinggan, hantar jamuan & serve vip. Tambah lagi perit, nak hadapi karenah staff kat situ yg cerewet. Dr pihak admin sampailah staff. Semuanya mengada2. Mati hidup balik, aku mmg x nak lagi keje kat situ lagi...Dah puas dah..

Dlm bln 2/2005, Reen recommend aku kerja kat kem. dia. Kerja sbg pekerja khidmat singkat..Gaji ikut jam..Best jugak ler masa tu, coz gajinya tinggi sesuai ngan degree yg aku ada. Tp 6 bulan je...Bila dah abis kontrak, HR cam x nak sambung kontrak aku. Bila Puan Rohani push2 HR, baruler boleh sambung. Tu pun gaji aku sikit je..Ikut tahap diploma..Duration aku nk sambung balik kontrak tu, mmg berdebar2 lak jugak..Klu x leh sambung, aku nak buat apa..

So, aku terima je offer tu drpd x buat apa2 langsung..Sejak kontrak baru ni, aku ada gak mengeluh kat Reen psl skop kerja ni. Ye la, kita ada degree, tp kena buat kerja2 sekretari, bosan tul..Patutnya, semua tu kerani pun boleh buat..Otak aku jd tumpul, x berkembang, skill aku pun cam dah kurang.

Nasib baik ler, aku mmg baik ngan bos Reen, En.Amin sejak aku masuk kerja lagi. Aku selalu gak sembang2 ngan dia. Dia pun salah seorang tempat aku mengadu, masa kontrak aku x leh sambung dulu. Sejak kontrak baru ni, dia asyik tanya je bila kontrak aku abis.Pernah gak dia panggil masuk bilik dia, tanya kerja apa yg aku dah apply.
Mula2 aku ingat x de apa2 coz staff lain kata dia tu mmg suka ckp je. Tp x buat apa2 pun klu nak tolong kita.

Tp, mmg rezeki aku kot.Tak sangka dia betul2 nak tolong aku..Kena lagi ngan sokongan Reen yg mmg anak emas dia..Alhamdulillah sekali lagi..Akak aku sempat pesan supaya aku buat sujud syukur klu dah dapat surat offer tu nanti.

1 comment:

Anonymous said...

a'kum....

saudari...bekerja sebagai Pekerja Khidmat Singkat ya..dibawah kementerian mana ya ??... saya pun berminta nak join situ.....saya pun graduate jg..Bac. Sains Komputer (UPM)...apa2 info email kat saya : azimar76@yahoo.com....

w'salam

Muhammad Ramiza b. Ramli
01-6995873