September 14, 2009

Catatan Umrahku........

Alhamdulillah..aku telah selamat pulang ke tanah air spt yang dijadualkan..Aku telah mendapat ketenangan yang selama ini kucari di sana..Beberapa hari sebelum pergi, perasaanku bercampur baur...ada perasan teruja, tidak sabar, sedih, gembira..semuanya menjadi satu..

Mlm sblm berangkat, aku sukar melelapkan mata..Dihatiku sentiasa bertalbiah..tidak sabar menjadi tetamu Allah..Begitu juga semasa perjalanan menuju ke airport..Perjalanan pergi mmg penuh dgn dugaan..Sejak di KLIA lagi kesabaran kami telah diuji..setelah sejam lebih menunggu pesawat berlepas, kami dikehendaki keluar semula kerana kipas pesawat mengalami masalah teknikal...Penerbangan yg dijadual pukul 3 petang, hanya berlepas pada pukul 5.30 petang...

Ustaz Mustafa yang memimpin rombongan kami menasihatkan agar kami berbuka puasa di dalam flight apabila makanan dihidangkan memandangkan kami musafir dan terpaksa menahan lapar sehingga 14 jam klu mengikut pertukaran zon waktu..Oleh itu, kami terus berbuka dan ibuku yang tidak boleh makan nasi minyak turut menikmatinya yang menyebabkan dia hampir pitam..nasib baik aku duduk bersebelahannya dan cuba memulihkannya dengan mengurut menggunakan minyak angin..Allah sahaja yg tau perasaan aku pada ms tu..Dalam hati ini terdetik, inilah masanya aku sebagai anak untuk menjaga ibuku yg sudah tua dengan sebaik mungkin..lagi2 sbg tetamu Allah..

Kesabaran kami duji lagi di airport Jeddah..Ya Allah, bayangkan la lebih kurang 8 jam kami tersangkut di situ gara2 sistem imigresen yang tidak teratur..Punya la ramai jemaah dari seluruh pelusuk dunia, kaunter yang dibuka hanyalah beberapa unit sahaja..tiada pengawasan yg menyebabkan jemaah yg tubuh badan lg besar suka2 ati je potong barisan...Kami melepasi pemeriksaan imigresen dalam 1/2 jam sebelum waktu imsak..kami hanya bersahur dengan roti dan air mineral yg dibekalkan oleh travel agent.Dah ler rasanya tak menepati citarasaku..aduss...

Smpi2 je hotel, kami bersihkan diri lebih kurang dan terus ke Masjidil Haram utk menyelesaikan umrah wajib memandangkan kami telah berniat ihram dlm flight..Pertama kali memandang Baitullah, hatiku sayu sehingga menitiskan air mata..Qiblat yg selama ini menjadi panduan sewaktu melaksanakan solat, telah berada di depan mata..Sewaktu mengerjakan tawaf, aku dapat rasakan zat-Nya berada dekat dgn ku..Perasaannya indah sekali..Semasa mengerjakan saie, aku sempat berkata kpd ibuku, betapa indahnya perasaan berada di Masjidil Haram..Lantas ibuku menjawab, sebab tu la dia ingin pergi lagi walaupun telah smpi ke sana semasa mengerjakan haji dulu...



Beberapa hari tu, kami bebas mengerjakan ibadah dgn mengerjakan umrah, tawaf sunat, solat sunat, membaca al-quran ataupun beriktikaf...Mmg tak disangka dpt jumpa org2 yang ku kenal..Mula2 tu, terserempak ngan kwn mak aku yg anaknya merupakan classmate aku ms sekolah rendah..then ngan Nili lak ms aku buat Saie ngan mak aku...lagi satu, ngan ex cikgu biologi (Ustazah Hamidah) ms kt SMKAS..Tak sangka tul leh jumpa diorg kt sana..

Pada 28 Ogos (Jumaat), suami Aina telah menjemput kami di hotel utk ke rumahnya di Jeddah..Aku hanya dapat jumpa Aina sebentar sahaja memandang dia mabuk teruk, mengandung anak kedua setelah Aisyah berusia 5 tahun.Berbuka sebentar dgn kurma n jus..Selepas solat, kami dibawa menikmati makan malam di Restoran Indonesia..baik sungguh suaminya yang sudi membawa kami bersiar2 disekeliling kota Jeddah spt makam Hawa, Laut Merah, istana dan macam2 lagi la..

Keesokannya, rombongan kami dibawa melawat ke tempat bersejarah..kami singgah di Jabal Thur, tempat Rasulullah bersembunyi semasa berhijrah ke Kota Madinah, Jabal Rahmah (tempat pertemuan Adam dan Hawa). Kami melalui Jabal Nur dimana terdapatnya Gua Hira', tempat nabi menerima wahyu yg pertama, melalui terowong al-muassem dan Mina, tempat melontar jamrah. Mujur aku pergi toilet dulu sblm bermiqat di Jeranah, dan mendapati aku uzur..Klu tak, tergantung la..



Semasa uzur, aku bosan yg amat sgt..Nk buat camne Allah yg bagi..Klu nk makan ubat penahan haid, risau sistem peranakanku terganggu lak..So, hanya berzikir, baca asma ul-husna, mendengar ayat suci dr mp3 dan menonton solat terawih di tv. 3 kali aku mandi wajib gara2 tak sabar ke Masjidil Haram..huhuhu..aku tak dpt buat tawaf wida' kerana bersuci tak cukup 24 jam..perjalanan ke Madinah pun menguji keimanan..perjalanan yg mengambil masa 6 jam dengan keadaan bas yang kurang selesa ditambah dgn cuaca yang panas terik dan karenah pemandu bas yang tidak sabar betul2 menguji kami...

Suasana di Kota Madinah mmg berbeza ...Rupa bentuk muka buminya rata berbanding Mekah yg berbukit bukau..penduduknya juga lebih sopan berbanding di Mekah yg kasar2..Masjid Nabawi mmg cantik..Aku kagum dgn senibinanya..sayang tak dpt merakamkannya..cubaanku utk membawa kamera telah dihalang oleh petugas di sana..ada satu yg sama antara kedua2 kota tersebut.golongan wanita tidak dibenarkan bekerja dan memandu..lantas hanya golongan lelaki sahaja yg menjual di kedai2..



Pada 6 September, kami dibawa menziarahi Masjid Quba' (masjid yg pertama dibina oleh Rasulullah dan pahala solat 2 rakaat di dalamnya menyamai pahala mengerjakan umrah), Masjid Qiblatain (Rasulullah menerima wayhu mengenai pertukaran arah Qiblat dr Masjid Aqsa ke Masjidil Haram), ladang kurma, Pergunungan Uhud di mana tempat para syuhada' disemadikan, Pusat Percetakan al-quran, dan pasar kurma.




Aku terkejut kerana mengalami gangguan seksual hampir di setiap kedai...Lelaki2 Arab gatal2 semuanya..mmg berbeza la kt Msia..Byk gak la dpt makanan dan brg free ms kena ngurat ngan mamat2 Arab..yg kena hampir raba pun ada gak..eiii..betul2 terkejut la...

Perjalanan pulang pula dimudahkan oleh Allah..Semuanya berjalan lancar dari masa perjalanan dan dlm flight pun kami berasa selesa kerana byk seat kosong. Maka, masing2 pun leh baring2 sepanjang perjalanan.



Pengalaman ini mmg tak dpt aku lupakan..seronok melihat umat islam dr seluruh pelusuk dunia berkumpul dan berebut2 utk mendapatkan pahala sambil berdoa agar hajat dipenuhi..Insyaallah, klu diizinkan aku ingin pergi ke sana lagi...

9 comments:

ckucin said...

part pak arab yg gatal2 tu mmg.. akak gi dulu pun camtu gaks.. mmg gatal ler.. no wonder woman2 dia semua pakai hijab.. pastu tak leh kuar sorang2 kena berteman..

seri said...

selamat pulang... Mudahan makin tenang menjalani kehidupan sebagai hamba Allah... InsyaAllah ada rezeki akupun nak menyusul...

Ain said...

Kak Ayu, tak sangka kan Pak Arab gatal2...ingatkan diorg lg bersopan..

Sal, alhamdulillah aku mendapat ketenangan yg selama ini aku cari..
Semoga murah rezeki ko utk ke sana gak..

Dong_Sanchai said...

ain seronoknya. alhamdulilah dah selesai umrah. untungnyer dpt jadi tetamu Allah :)

wah tak sangkanya la byk gangguan seksual isk iskkk

miss u babe

Ain said...

Ita, miss u too...

Betul, bangsa Arab begitu rakus..huhuhu..Patut pun semua nabi diturunkan kt sana..

LaDolce vs CN said...

k.aenzzz, seronoknye dh dpt melalui xperience ni kan??msti ati tenang je kn...

p/s:-org ade tinggal komen kat facebook k.aenzz, nk tukar link blog...nnyi add la link blog org yea.. http://ladolceaznira.blogspot.com


:-)

Ain said...

Az, aah..seronok sgt..jiwa tenang..

Nanti akak link blog Az ni..

Mommy Irfan said...

Alhamdulillah ain dah selamat mengerjakan umrah. seronoknya...
selamat hari raya ain..
maaf zahir batin...

Ain said...

Thanks Iturk..
Ni semua hikmah disebalik kejadian aku putus tunang..Klu tak, aku tak sampai sana lagi...

Selamat hari raya gak n maaf zahir batin..