September 28, 2009

Cite Raya Ke-6 , 7 & 8

Hari Jumaat tu, aku layan Internet je kt rumah Kak Long sambil makan2 & aktiviti pertidoran..Smpt settlekan kerja yg bos aku suh betulkan sblm aku cuti raya ari tu n emelkan kt dia..

Lps je Asar, aku, anak2 Kak Long & Fahmy g meronda kt Segamat..Round Segamat Baru,tgk sekolah lama aku, Angah (anak kedua Kak Long) & sekolah Najihah skrg..Byk dah perubahan..dari ladang kelapa sawit dah jadi kawasan perumahan Bandar Putra..Sekolah menengah baru pun dh dibina kt situ..

Memandangkan aku lum smpi Giant Segamat, kitorg pun g shopping2an kt situ smpi ler msk waktu Maghrib..Then, solat Maghrib kt Masjid Kg. Jawa..Seterusnya, adalah aktiviti makan2 kt KFC Segamat..Biasa ler kena pau..Najihah punye psl la ni..Aku kena pau ngan diorang..wakakaka..Msg2 nk balik rumah cepat sbb nk tgk Nur Kasih..Alih2 cite Pirate tu yg muncul...sadisnya..Aku rilek je sbb tak mengikutinya..Tunggu yg Along (anak Sulung Kak Long) download je...

Esok pepagi, aku dh bertolak balik..Kena hantar Angah balik dulu ke Casa Subang..Singgah kantin Kak Ngah dulu ambik nasi ayam...Makan2 kt rumah dia..Terus balik rumah mengemas rumah yg dh terbiar lama..Ptg tu, shopping brg dapur kt Bintang..

Ari Ahad lak, aku g jogging kt Tasik Cempaka..yo la dh byk melantak time raya ni..Terus g rumah abg aku kt Bangi Perdana antar keledek, mangga, dan kuih raya yg mak & Kak Long aku kirim..Singgah breakfast kt pasar..Kak Ngah bgtau yg Puteri ada kt rumah..Nmpknya kena ler g rumah dia..Tp kena buat operasi kemas rumah dulu sbb yg ari sebelumnya lum settle lg..Penat seh, terus antar kereta utk dibasuh..Baru ler g rumah Kak Ngah..Manja seh Puteri..Ngada2 tul..aku rasa sbb dia dh lama tak jumpa kitorg..Tu yg nk ngada2 lebih lak..

September 25, 2009

Cite Raya ke-5

Jeng..jeng..
Kak Long n Abg Long buat open house utk anak2 muridnya n kwn anak2nya..
Menu soto sbb tu la yg direquest oleh anak2 muridnya..

Kebetulan mlm sebelum tu, dh rebus nasi impit...So, pagi2 esoknya kitorang prepare sup, siat ayam & bergedil je..Aku ambik tender buat bergedil..Kak Long prepare kuah sup..sambil goreng ayam.Tugas siat2 ayam diserahkan kpd Najihah, anak bongsunya..Dh siap buat bergedil, tolong potong2 nasi impit n buah tembikai...then, settle ler tuags aku..

Parents aku pun dtg dr Sri Ledang..Bila tetamu dh start smpi, diorg sekeluarga pun layan..Aku pun layan internet..Lps Zuhur, kitorg g raya rumah Pak Su aku lak kt Felda Palong Timur..Pun dijamu ngan soto gak..tetiba je Pak Su aku ajak abah g beraya kt rumah Atuk sedara aku yg dh lama giler tak jumpa kt Felda Jelai..Kiranya, ari tu jejak kasih la sbb dh 50 tahun tak jumpa..ish3x..

Kitorg smpi blk rumah Kak Long dlm kul 7 mlm...

September 23, 2009

Cerita Raye...

Spt yg dirancang, aku jemput anak buah aku kt Casa Subang lps solat Jumaat. Perjalanan kami dimudahkan dan terus menuju ke rumah Kak Long kt Jementah..Buka pose kt rumah dia, sembang2, n layan Internet.Aku bermalam kt rumah dia sebelum pulang ke rumah parents keesokkan paginya dgn Along (anak sulung Kak Long).

Spt biasa, kami akan memasak utk juadah raya..Ms tu, cuma mak, abah, aku n Along je yg bertungkus-lumus kt dapur. Dkt2 Asar baru lah Kak Long smpi. Kak Ngah lak smpi dr rumah mertuanya lps masak kt sana. So, mlm tu last berbuka puasa dgn Keluarga Kak Long & Kak Ngah je.Lps je Isyak, aku bwk Mai, Najihah, Idin & Fahmy ronda2 keliling kampung.

Esok paginya, cam biasa la..Sesi bermaafan & fotografi..Tahun ni, abang aku raya kt rumah mertuanya di Sawah Ring..Lps Kak Ngah & Kak Long g rumah mertua masing2, cam biasa la aku lepak2 je tunggu tetamu kt rumah ngan parents..Mula2, golongan kanak2 dtg..Then family Ipah (sepupu aku), Man Din (paksu belah mak), anak2 Wak Yon (pakcik belah Mak)..Kiranya penuhla rumah ms tu..meriah tul..Org br blk umrah..mesti la ramai nk dtg..ekekekek.Ptg tu, baru family abg aku smpi dr rumah mertuanya..Kak Ngah n Kak Long pun bermalam kt rumah gak....Then, mlm tu aku, family abg & parents g beraya rumah pakcik2 n bestfriend abah kt Sri Ledang je.

Raya kedua, akak ipar aku msk byk2 utk prepare juadah tgh hari..Kitorg beraya dulu kt jiran sebelah rumah..Spt yg diduga, ramai ler tetamu dtg...ngan family akak ipar, Atuk Busu, Abg Komar (sepupu belah mak), family Cik Nah (adik mak), dan Cik Nor (sepupu abah). Lps Zuhur lak, kitorg beraya kt kg belah mak kt Parit Medan & Tiong Baru. Mlm tu, jiran sebelah lak dtg beraya..

Raya ketiga, g beraya kt jiran depan rumah. Blk tu, ms aku tolong mak masak jiran lak dtg..Then, family Cik Tin (adik mak) lak dtg ms tgh ari...anak arwah Wak Sar (akak Mak) pun dtg ptg tu....

Meriah tul raya ni...So, raya keempat (ari ni) aku join Kak Ngah g rumah Kak Long utk lunch sesama..Biasa ler..Lagipun mak aku bagi sbb semua sedara mara dh dtg...Rumah yg wajib pun dh diziarahi..So, lepak2 kt rumah Long je la sbb ada Internet..ekekekek

September 16, 2009

Salam Aidilfitri

Esok aku dh start cuti raya...
Ingat nk keje gak sok sbb aku dh cuti lama ms g umrah ari tu..
Tp bila dihasut oleh Sal n pikir2 klu aku g keje sok, ramai yg dh cuti..Karang kebosanan lak aku kt opis..

Ingat nk blk kg awal.. Tp kena tunggu anak buah aku (anak kedua Kak Long) yg ambik A Level, dia ada trial pagi Jumaat tu. So, aku akan jemput dia kt USJ lps solat Jumaat.

Persiapan raya..hehehe..Mesti ler dh settle..
Baju raya ada 5 pasang..gempak tak..ekekekekek ...2 pasang baju kurung yg dh siap ditempah (1 kain viscose yg beli kt Jakel dulu, 1 lagi sutera batik yg mak aku belikan ms dia g Terengganu). Then, 1 pasang baju kurung moden yg dibeli ms g shopping ngan Kak Ngah Ahad lepas. Lagi 2 pasang...jengjengjeng..masih lagi kt tailor..Aku tempah utk dibuat kebaya..mentang2 dh kurus...kuang2..Lps raya baru baju tu siap sbb aku lmbt antar tempah.

Handbag n kasut raya dh beli ms buat persiapan wedding Zah ari tu..Duit raya pun aku dh kirim ngan Abg Long utk ditukarkan kt bank..Utk abah, aku belikan butang Baju Melayu..Mak lak aku hadiahkan brooch..

Tinggal kuih raya je lum settle..Ingat nk buat biskut coklat chip sok n beli apa2 yg patut cam maruku or kerepek.

Buat pengunjung blog ni, diucapkan Selamat Menyambut Aidilfitri..Ampun maaf dipinta dan berhati2 di jalan raya.

September 14, 2009

Catatan Umrahku........

Alhamdulillah..aku telah selamat pulang ke tanah air spt yang dijadualkan..Aku telah mendapat ketenangan yang selama ini kucari di sana..Beberapa hari sebelum pergi, perasaanku bercampur baur...ada perasan teruja, tidak sabar, sedih, gembira..semuanya menjadi satu..

Mlm sblm berangkat, aku sukar melelapkan mata..Dihatiku sentiasa bertalbiah..tidak sabar menjadi tetamu Allah..Begitu juga semasa perjalanan menuju ke airport..Perjalanan pergi mmg penuh dgn dugaan..Sejak di KLIA lagi kesabaran kami telah diuji..setelah sejam lebih menunggu pesawat berlepas, kami dikehendaki keluar semula kerana kipas pesawat mengalami masalah teknikal...Penerbangan yg dijadual pukul 3 petang, hanya berlepas pada pukul 5.30 petang...

Ustaz Mustafa yang memimpin rombongan kami menasihatkan agar kami berbuka puasa di dalam flight apabila makanan dihidangkan memandangkan kami musafir dan terpaksa menahan lapar sehingga 14 jam klu mengikut pertukaran zon waktu..Oleh itu, kami terus berbuka dan ibuku yang tidak boleh makan nasi minyak turut menikmatinya yang menyebabkan dia hampir pitam..nasib baik aku duduk bersebelahannya dan cuba memulihkannya dengan mengurut menggunakan minyak angin..Allah sahaja yg tau perasaan aku pada ms tu..Dalam hati ini terdetik, inilah masanya aku sebagai anak untuk menjaga ibuku yg sudah tua dengan sebaik mungkin..lagi2 sbg tetamu Allah..

Kesabaran kami duji lagi di airport Jeddah..Ya Allah, bayangkan la lebih kurang 8 jam kami tersangkut di situ gara2 sistem imigresen yang tidak teratur..Punya la ramai jemaah dari seluruh pelusuk dunia, kaunter yang dibuka hanyalah beberapa unit sahaja..tiada pengawasan yg menyebabkan jemaah yg tubuh badan lg besar suka2 ati je potong barisan...Kami melepasi pemeriksaan imigresen dalam 1/2 jam sebelum waktu imsak..kami hanya bersahur dengan roti dan air mineral yg dibekalkan oleh travel agent.Dah ler rasanya tak menepati citarasaku..aduss...

Smpi2 je hotel, kami bersihkan diri lebih kurang dan terus ke Masjidil Haram utk menyelesaikan umrah wajib memandangkan kami telah berniat ihram dlm flight..Pertama kali memandang Baitullah, hatiku sayu sehingga menitiskan air mata..Qiblat yg selama ini menjadi panduan sewaktu melaksanakan solat, telah berada di depan mata..Sewaktu mengerjakan tawaf, aku dapat rasakan zat-Nya berada dekat dgn ku..Perasaannya indah sekali..Semasa mengerjakan saie, aku sempat berkata kpd ibuku, betapa indahnya perasaan berada di Masjidil Haram..Lantas ibuku menjawab, sebab tu la dia ingin pergi lagi walaupun telah smpi ke sana semasa mengerjakan haji dulu...



Beberapa hari tu, kami bebas mengerjakan ibadah dgn mengerjakan umrah, tawaf sunat, solat sunat, membaca al-quran ataupun beriktikaf...Mmg tak disangka dpt jumpa org2 yang ku kenal..Mula2 tu, terserempak ngan kwn mak aku yg anaknya merupakan classmate aku ms sekolah rendah..then ngan Nili lak ms aku buat Saie ngan mak aku...lagi satu, ngan ex cikgu biologi (Ustazah Hamidah) ms kt SMKAS..Tak sangka tul leh jumpa diorg kt sana..

Pada 28 Ogos (Jumaat), suami Aina telah menjemput kami di hotel utk ke rumahnya di Jeddah..Aku hanya dapat jumpa Aina sebentar sahaja memandang dia mabuk teruk, mengandung anak kedua setelah Aisyah berusia 5 tahun.Berbuka sebentar dgn kurma n jus..Selepas solat, kami dibawa menikmati makan malam di Restoran Indonesia..baik sungguh suaminya yang sudi membawa kami bersiar2 disekeliling kota Jeddah spt makam Hawa, Laut Merah, istana dan macam2 lagi la..

Keesokannya, rombongan kami dibawa melawat ke tempat bersejarah..kami singgah di Jabal Thur, tempat Rasulullah bersembunyi semasa berhijrah ke Kota Madinah, Jabal Rahmah (tempat pertemuan Adam dan Hawa). Kami melalui Jabal Nur dimana terdapatnya Gua Hira', tempat nabi menerima wahyu yg pertama, melalui terowong al-muassem dan Mina, tempat melontar jamrah. Mujur aku pergi toilet dulu sblm bermiqat di Jeranah, dan mendapati aku uzur..Klu tak, tergantung la..



Semasa uzur, aku bosan yg amat sgt..Nk buat camne Allah yg bagi..Klu nk makan ubat penahan haid, risau sistem peranakanku terganggu lak..So, hanya berzikir, baca asma ul-husna, mendengar ayat suci dr mp3 dan menonton solat terawih di tv. 3 kali aku mandi wajib gara2 tak sabar ke Masjidil Haram..huhuhu..aku tak dpt buat tawaf wida' kerana bersuci tak cukup 24 jam..perjalanan ke Madinah pun menguji keimanan..perjalanan yg mengambil masa 6 jam dengan keadaan bas yang kurang selesa ditambah dgn cuaca yang panas terik dan karenah pemandu bas yang tidak sabar betul2 menguji kami...

Suasana di Kota Madinah mmg berbeza ...Rupa bentuk muka buminya rata berbanding Mekah yg berbukit bukau..penduduknya juga lebih sopan berbanding di Mekah yg kasar2..Masjid Nabawi mmg cantik..Aku kagum dgn senibinanya..sayang tak dpt merakamkannya..cubaanku utk membawa kamera telah dihalang oleh petugas di sana..ada satu yg sama antara kedua2 kota tersebut.golongan wanita tidak dibenarkan bekerja dan memandu..lantas hanya golongan lelaki sahaja yg menjual di kedai2..



Pada 6 September, kami dibawa menziarahi Masjid Quba' (masjid yg pertama dibina oleh Rasulullah dan pahala solat 2 rakaat di dalamnya menyamai pahala mengerjakan umrah), Masjid Qiblatain (Rasulullah menerima wayhu mengenai pertukaran arah Qiblat dr Masjid Aqsa ke Masjidil Haram), ladang kurma, Pergunungan Uhud di mana tempat para syuhada' disemadikan, Pusat Percetakan al-quran, dan pasar kurma.




Aku terkejut kerana mengalami gangguan seksual hampir di setiap kedai...Lelaki2 Arab gatal2 semuanya..mmg berbeza la kt Msia..Byk gak la dpt makanan dan brg free ms kena ngurat ngan mamat2 Arab..yg kena hampir raba pun ada gak..eiii..betul2 terkejut la...

Perjalanan pulang pula dimudahkan oleh Allah..Semuanya berjalan lancar dari masa perjalanan dan dlm flight pun kami berasa selesa kerana byk seat kosong. Maka, masing2 pun leh baring2 sepanjang perjalanan.



Pengalaman ini mmg tak dpt aku lupakan..seronok melihat umat islam dr seluruh pelusuk dunia berkumpul dan berebut2 utk mendapatkan pahala sambil berdoa agar hajat dipenuhi..Insyaallah, klu diizinkan aku ingin pergi ke sana lagi...